Ensiklopedia

Keterangan ringkas & tepat mengenai pelbagai ilmu!

 

TOK SELEHOR: JEJAK SANAD AL-HIKAM (XVIII)                      

Jika kita jejak sanad pengajian Kitab al-Hikam mulai pengarangnya, iaitu Syeikh Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari hingga turun sampai kepada Tok Selehor, Tok Selehor merupakan yang ke-17.

Berkaitan dengan belajar bersanad, jejaknya dapat ditelusuri naratif pembelajaran Tok Selehor terhadap kitab al-Hikam sebagaimana dilakukan oleh Wan Mohd Shaghir saperti berikut:

Untuk lebih jelasnya dapat diperhatikan sanad sebagai berikut:

1.Tok Selehor, Kelantan, belajar kepada (2)

2. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, belajar kepada (3)

3. Saiyid Abi Bakri Syatha, belajar kepada (4)

4. Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, belajar kepada(5)

5. Syeikh Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, belajar kepada (6)

6. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi, beliau telah menulis syarah kitab yang dibicarakan ini. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi belajar kepada (7)

7. Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni, belajar kepada (8)

8. Syeikh `Id an-Namrisi, belajar kepada (9)

9. Syeikh `Abdullah bin Salim al-Bashri, belajar kepada (10)

10. Syeikh Muhammad bin `Ala’ al-Babli, belajar kepada (11)

11. Syeikh Abi an-Naja Salim bin Ahmad as-Sanhuri, belajar kepada (12)

12. Saiyid an-Naju Muhammad bin Ahmad al-Ghaithi, belajar kepada (13)

13. Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari, belajar kepada (14)

14. Saiyid al-‘Izzu Abdur Rahim bin al-Farrat, belajar kepada (15)

15. Syeikh at-Taju `Abdul Wahhab bin `Ali bin `Abdul Kafi, belajar kepada ayahnya (16)

16. Syeikh at-Taqiy `Ali bin `Abdul Kafi as-Subki, belajar kepada (17)

17. Syeikh al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin `Abdul Karim bin Ibnu `Atha’illah as-Sakandari atau disingkat namanya dengan Ibnu `Atha’illah as-Sakandari, iaitu pengarang Kitab al-Hikam yang sedang dibicarakan ini.

Ustaz Ismail Awang, dalam majalah Pengasuh menyebut: ``Tok Selehor mempunyai kebolehan dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan, tetapi yang sangat diminatinya ialah bidang tasawuf.

 Kitab Hikam oleh Ibnu `Atha’illah merupakan kitab paling suka diajarkan kepada orang ramai.

Mungkin kerana kitab ini mendorong manusia membaiki diri dan mendampingi diri kepada Allah serta menjauhi sifat-sifat terkeji seperti sombong, hasad dengki, riak, sum`ah dan sebagainya.  

Oleh sebab Tok Selehor adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani, maka bererti sanad Tok Selehor dan murid-murid beliau dalam pengajian Kitab al-Hikam dan kitab-kitab lain karangan Syeikh Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari dapat disambung seperti sanad yang telah disebutkan di atas.

Catatan: Ibnu Majid

Written by Admin
Category: Ensiklopedia
Hits: 257
  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

Bacaan Popular


Baca topik

Terkini


TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com