Ensiklopedia

Keterangan ringkas & tepat mengenai pelbagai ilmu!

Limadza Ta’akharal Al-Muslimun Wa Limadza Taqaddama Ghairuhum adalah soalan yang menjadi tajuk buku karya Amir Syakib Arsalan. “Mengapa kaum muslimin terbelakang dan yang lainnya maju?”, judul buku ini menyentak dan menjadi terkenal.

Kita boleh saja tersinggung dengan tajuk itu, bukankah ada individu muslim yang hebat? Apa ini maksudnya menghina para alim ulama? Tentu saja yang dimaksud dalam kata al-muslimun itu plural atau jamak. Ia bermakna umum, bukan merujuk pada individu tertentu.

Dalam bahasa Arab teksnya begini: ‎لماذا تأخر المسلمون ولماذا تقدم غيرهم. Jadi secara umum Syakib Arsalan bertanya secara retorik mengapa kaum Muslim kondisinya terpuruk sementara kaum yang lain lebih maju.

Soalan ini sebenarnya diajukan oleh Muhammad Basyuni Imran, orang Indonesia dan pembaca majalah al-Manar Mesir pada tahun 1929. Surat dari Nusantara itu minta penjelasan faktor-faktor penyebab kelemahan, kemunduran, dan kehinaan umat Islam. Surat itu juga bertanya sebab-sebab majunya Eropah, Amerika dan Jepun, dan bagaimana cara kita mengejar mereka sambil menjaga agama Islam yang lurus.

Mendapat surat ini, Sayyid Rasyid Ridha  sebagai ketua editor majalah, memberikan kepada Amir Syakib Arsalan yang baru kembali dari Cordoba. Sebagaimana sedia maklum, Cordoba di Spanyol meninggalkan jejak gemilang peradaban Islam masa silam. Amir Syakib Arsalan menulis jawapannya dan disiarkan dalam majalah al-Manar. Pada tahun 1940 jawapan itu diedit dan diterbitkan dalam bentuk buku dan diberi kata pengantar oleh Sayyid Rasyid Ridha. 

Buku itu kemudian menarik perhatian dunia Islam yang pada masa itu di bawah cengkaman penjajah sekaligus mencari jawapan atas keterpurukan. Tidak menghairankan jika sejumlah negara penjajah mengharamkan peredaran buku Syakib Arsalan kerana dikhuatiri mencetus gelombang kesedaran umat Islam.

Lalu, bagaimana keadaan umat Islam sekarang? 70 tahun lebih sejak buku tersebut terbit kaum muslim masih terpuruk. Melihat dunia Arab yang bergejolak, harapan kemajuan Islam dialihkan pada Islam di Asia Tenggara. Cikal bakal kembalinya peradaban Islam disebut-sebut akan muncul dari Malaysia dan Indonesia. Tahun 1997 Prof John Esposito meramalkan bahawa kedua negara inilah yang akan memimpin dunia Islam menuju kejayaannya.

Hampir 20 tahun sejak ramalan itu, keadaan umat di Indonesia dan Malaysia belum juga boleh bersaing dengan Barat. Malangnya lagi, banyak yang mengalami sindrom rendah diri dan sensitif akibat keterpurukan keadaan umat dan kerap menyalahkan pihak lain. Maka pertanyaan yang muncul sejak tahun 1929 lalu masih relevan: mengapa kaum muslim terbelakang dan mengapa yang lain maju?

Kita memerlukan tokoh seperti Syakib Arsalan yang kini menawarkan penjelasan dan solusi atas persoalan umat di masa moden. Tugas cendekiawan dan ulama untuk terus berusaha memenangkan umat dengan meningkatkan kualiti. Bukan perkara mustahil peradaban Islam kembali jaya di tangan generasi berikutnya. Itu semua tidak berlaku tanpa meningkatkan kualiti sumber manusia umat. Tetap optimis, mari kita tunggu ijtihad para pakar untuk memberi jawapan aktual atas soalan klasik ini.

Oleh : Nadirsyah Hosen

Written by Admin
Category: Peradaban
Hits: 790
  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

Bacaan Popular


Baca topik

Terkini


TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com