Ensiklopedia

Keterangan ringkas & tepat mengenai pelbagai ilmu!

 HADRAMAUT

Dahulu, daerah ini dikenali sebagai daerah asal orang Arab yang datang ke alam Melayu. Kedatangan mereka ke alam Melayu dianggarkan berlaku semenjak abad ke-13 kerana pada masa itu telah terjalin hubungan dagang antara alam Melayu dengan Arab Selatan, terutamanya Muccat dan TelukParsi.

Hadramaut terletak di seluruh kawasan pantai Arab Selatan dan termasuk dalam wilayah pemerintahan Republik Yaman, bermula dari Aden hingga ke Tanjung Ras-al-Had.

Penduduknya termasuk bangsa Arab Selatan atau Arab Asli (‘Arab ‘Aribah). Mereka menggangap diri mereka keturunan Yakrub bin Qahtan bin Hud. Nama Hadramaut itu sendiri diambil daripada nama tokoh lagenda ‘Hadramau”, namun identiti tokoh ini tidak pernah diketahui dengan pasti.

GEOGRAFI

Hadramaut terletak di sekitar wadi Hadramaut. Panjang wadi tersebut lebih kurang 400km dan merupakan salah satu daripada sejumlah kecil sungai di Arab yang sentiasa berair.

Mukabuminya terdiri daripada pantai berpasir dan pergunungan batu yang gersang. Di sepanjang pantai hanya terdapat bukit–bukit yang di belakangnya terdapat serangkaian gunung.

Gunung yang tertinggi antaranya ialah Gunung al-Arsyah. Di sana-sini terdapat padang rumput dan hutan kecil pohon sibr (sejenis kaktus berduri). Di kawasan pantai terdapat beberapa sumber air panas.

Dua pelabuhan penting di wilayah pantai Hadramaut ialah al- Syihr dan Mukalla. Pelabuhan Mukalla terkenal sebagai pusat industri perikanan Yaman.

KEDATANGAN ISLAM

Penduduk asal Hadramaut seluruhnya beragama Islam. Agama itu dibawa masuk ke wilayah Hadramaut pada abad pertama Hijrah. Mereka menganut agama itu secara turun- termurun. Namun demikian, mazhab yang mereka ketahui hanyalah Mazhab Syafie.

ORANG HADRAMAUT DI MALAYSIA

Orang Hadramaut yang datang ke Tanah Melayu (Malaysia) ini berasal daripada golongan Syed. Selain berdagang, banyak juga orang Arab Hadramaut di Malaysia yang tampil sebagai ulama dan tokoh masyarakat.

Mengikut Sejarah Melayu, seorang Arab bernama Syed Abdul Aziz bertanggungjawab mengislamkan Raja Melaka yang kemudian menukar nama kepada Raja Muhammad. Kebanyakan orang Hadramaut berketurunan Syed ini mula berhijrah ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara sejak abad ke-14 dan ke-15.

Menurut laporan bancian penduduk Tanah Melayu 1824, terdapat seramai 2,012 orang Arab di Tanah Melayu. Jumlah ini bertambah menjadi 5,718 orang dalam tahun 1947.

MAKAM SUCI

Di Hadramaut terdapat beberapa makam Islam yang dipercayai sebagai tempat suci, antaranya termasuklah QabrHud (makam Hud), makam Nabi Salleh a.s dan makam Ahmad bin Isa.

Qabr Hud (makam Hud) dipercayai penduduk setempat sebagai makam nenekmoyang mereka, Nabi Hud a.s. Berdekatan dengan makam itu terdapat pula masjid yang banyak dikunjungi penziarah, terutamanya pada setiap 11 Syaaban.

Makam NabiSalleh a.s terletak di Lembah Sarr. Selain itu terdapat juga makam lain, iaitu makam Aidid dan al-Aidrus. MakamAidid terletak di kota Aidid, sedangkan makam al-Aidrus terletak di al-Syihr.

Susunan : Rafaeah Zakaria

Written by Admin
Category: Ensiklopedia
Hits: 793
  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

Bacaan Popular


Baca topik

Terkini


TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com