Ensiklopedia

Keterangan ringkas & tepat mengenai pelbagai ilmu!

 

JIHAD DAN CINTA:  RITA DAN DARWISH (AKHIR)

Solusi dua negara yang ditunjangi oleh kuasa besar – Amerika Syarikat dan sekutunya – yang mempengaruhi pendirian negara-negara Arab selepas Perang Enam Hari, sebenarnya adalah strategi perang Israel yang tidak akan tamat selagi masih ada keturunan Arab Palestin di tanah yang dijajahnya. Ini kerana, Israel tidak akan memberikan pengiktirafan kemunculan negara Palestin yang berdaulat manakala Hamas akan kekal dengan pegangannya, Israel wajib berundur daripada bumi Palestin.

Salah satu antara tiga tuntutan yang telah lama menjadi syarat, iaitu membenarkan pelarian Palestin kembali ke leluhurnya, sampai bila pun tidak akan diterima oleh Israel, dengan apa cara sekalipun. Bagi Israel, keturunan Arab-Palestin perlu dihapuskan, selagi etnik itu masih wujud, selagi itulah Israel tidak akan berdiri sebagai sebuah negara yang aman dan merdeka. Bagi keturunan Arab-Palestin, sampai bila pun mereka tidak akan mengiktiraf Israel, walaupun PLO sudah melakukannya. Semangat itulah yang menggema dan berkobar-kobar dalam setiap denyut nadi Hamas dan penduduk Gaza.

Semangat itulah yang akan terus dikeronyok oleh tentera penjajah. Tanpa kecuali, setiap mereka wajib dihapuskan. Sebab itulah Israel terus tidak mahu melaksanakan gencatan senjata, dan sanggup berperang biarpun Amerika Syarikat memberikan mereka peringatan, ugutan bakal menarik dana, bantuan dan kerjasama.

Itulah suara keras yang tidak pernah surut dalam pendirian dua orang tokoh akademik keturunan Yahudi, Ilan Pappe dan Noam Chomsky, kerana tidak pernah ada persetujuan yang boleh diistilahkan sebagai ‘menang-menang’. Noam Chomsky dan Ilan Pappe menolak kaedah penyelesaian dua negara sebagai proses damai Israel-Palestin.

Selagi negara haram Israel wujud dan mendapat dokongan kuasa-kuasa besar, selagi itulah dunia tidak tenteram, kerana Zionisme akan terus berhujah dalam perspektif ‘kepentingan sendiri’: berbohong dan memanipulasi apa sahaja, termasuk ‘ayat-ayat suci’ yang dapat mereka gunakan daripada Bible (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baharu), Talmud, Zabur mahupun fakta sejarah yang berjaya dipalsukan.

Illan Pappe menjelaskan: Tidak ada cara untuk keluar daripada jalan buntu di Palestin melainkan kita mengoyak topeng proses damai palsu dan penyelesaian dua negara. Inilah masanya untuk kita mencari kunci di tempat yang benar-benar hilang. Kita perlu bermula dengan benar-benar mengenalpasti punca masalah iaitu mendedahkan Zionisme sebagai satu gerakan kolonialisme dan memaktubkan Israel sebagai negara apartheid perkauman.  Tidak ada Zionisme atau Israel yang lain.

Zionisme sentiasa dan akan terus cuba untuk memecahbelahkan rakyat Palestin dan membawa mereka ke jalan mati. Dahulu, mereka telah mengasingkan pelarian di luar Palestin. Kemudian isolasi penduduk Palestin menurut wilayah tahun 1948. Hari ini (2014), kita menyaksikan pemisahan politik di antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. …

Kita juga berhadapan dengan suatu perjuangan sukar menentang satu erjim zalim yang menganggap sebarang perspektif selain daripada negara Yahudi yang bersifat perkauman sebagai “bunuh diri” dan “bahaya eksistensial”.

“Ini adalah tugas kita dan itu adalah masalah-masalah yang perlu kita selesaikan. Selagi kita tidak melihat terus ke dalam realiti ini, kita hanya membuang masa. Memahami permasalahan dan menawarkan penyelesaian yang sebenar akan dapat membentuk satu dinamik kuat untuk mengubah imbangan kekuasaan.” (Noam Chomsky dan Ilan Pappe, Perihal Palestin, hal. 182-183)  

Ya, seperti itulah yang kita dapat buat kesimpulan keputusan Mahmoud Darwish meninggalkan kekasihnya, Rita. Sebabnya, “Kisah cintaku sahaja tidak cukup, untuk menyatukan dua negara”, kerana ditengah-tengahnya ada Riffle atau senapang, bom dan tragiknya, pembunuhan. Mahmoud Darwish memilih berjuang untuk negara, dan melihat Rita adalah musuhnya, bukan sebagai ‘orang yang dicintai selama-lamanya’. Namun kenangan itu cukup ‘berbekas’ kehidupannya, seperti mana ramai di antara kita kekal mengingati kisah cinta pertama biarpun kekasih itu telah membina kehidupan baharu dan bahagia dengan perkahwinannya.

Cintanya yang paling luhur dan mendalam ialah membebaskan Palestin. Biarpun jasadnya telah bersemadi enam belas tahun lalu, semangat dan perjuangannya sentiasa segar dan tertanam dalam setiap anak watan Palestin, terutamanya penduduk Gaza dan aktivis Hamas.

Mahmoud Darwsih telah dinamakan sebagai seorang yang sangat berpengaruh, bahkan namanya diraikan dalam satu majlis ketika bumi Gaza digoncang peluru dan bom oleh Israel – sejak 7 Oktober 2023 – pada 25 November 2023, puisi-puisinya berkemundang riuh di media sosial. Puisi-puisinya dibaca berkali-kali dan kisah cintanya dengan Rita menjadi sesuatu yang menghampiri realiti politik yang sedang berlaku.

Dalam satu temu bual, semasa filem dokumentari sedang disiapkan, Write Down, I Am Arab’ pada tahun 2021, Himika Akram menulis: Mahmoud Darwish, a literary genius who is hailed as the national poet of Palestine, wrote of the hardship his people faced. His metaphorical and emotional poetry explored themes of displacement, self-discovery and romantic devotion.

His romance with an Israeli women named Rita, whose identity Mahmoud revealed in a 2007 interview as an Israeli lady named Tamara Ben-Ami. They met in the early 1960s when Darwish was a student at the University of Haifa, Ben-Ami was a young Jewish women from a wealthy family.

“They were drawn to each other despite their diverse backgrounds, and their love affair blossomed, Their love was an inspiring demonstration of how far it can go and it can defy all odds.

“Darwish captures the heart of their passionate relationship in his poem “Rita and the Rifle”,  which is a lyrical story.

“I told her once: “You are the sword that wins’. She responded: “You are the knife that escapes.’

“These words encapsulate the special bond shared by two people on opposing sides of a heated debate. Like the merging of an sword and a knife, it symbolize the bringing together of the polarities, proving that romance could flourish despite the presence of antagonism.

“I love you despite the nose of my tribe, my city, and the chains of customs. But I’m afraid if I sell everyone, you will sell me, and I’ll return with dissappointmens.”(dipetik dari:  https://psucollegio.com/2023/11/03/mahmoud-darwish-and-rita-an-extraordinary-love-story-woven-in-poetry/amp/)

Dalam catatan bukunya yang terakhir, In the Presense of Absensence (2006) ada harapan dan seruan: “Ikutilah bersamaku malam ini agar kita boleh menjadikan malam ini sebagai masa lalu bersama, kata orang yang dilanda kerinduan, Aku akan ikut bersamamu untuk berbahagi esok, kata orang yang menderita cinta.” (https://ho.detik.com/book/d-7063162/mengenal-penyair-mahmoud-darwish-simbo-perlawanan-bangsa-palestina/amp).

Mendiang Edward W Said menyifatkan puisi-puisi Mahmoud Darwish sebagai ‘an epic effort to transform the lyrics of loss into indefinitely postponed drama of return’ manakala Dexter Pahmer, “considered by many to be Palestine’s most eminent poet…his landmark political activism and literature today it is his love poems that have brought a new generation of fans to his work.” (‘No, Mahmoud Darwish Didn’t Fall in Love with a Mossad Agent”, //medium.com/@dxpahmer/no-mahmoud-darwish;didnt-fall-in-love-with-a–mossad-agent-a142279010b43">https://medium.com/@dxpahmer/no-mahmoud-darwish;didnt-fall-in-love-with-a–mossad-agent-a142279010b43)

Ada beberapa pandangan mengenai wanita yang dicintai oleh Mahmoud Darwish, walaupun nama sebenarnya telah diungkapkan sendiri oleh ‘kekasihnya’, yang pasti Rita bukanlah seorang agen perisikan Israel, Mossad. Rita merupakan seorang wanita keturunan Yahudi, yang sama-sama berfahaman komunis. Kededuanya bertemu pada tahun 1962, di satu pertemuan Parti Komunis Israel di Sharam, berdekatan dangan bandar Haifa, tempat di mana Mahmoud Darwish sedang belajar.

Pada pertemuan pertama itu, Mahmoud Darwish mendeklamasikan puisi-puisinya manakala Rita, menyanyi dan menari. Hubungan mereka dirahsiakan beberapa lama, dan menurut Tamara Ben-Ami: I kept our relationship a secret. I didn’t open it up. I think it was because of Communism, because he was Arab, I was a Jew.”

Selepas Perang Enam Hari (1967), Ben-Ami menyertai pasukan tentera laut Israel, sebagai salah seorang penyanyi, yang direkrut untuk membangkitkan semangat nasionlisme Israel. Antara senikata yang sentiasa dilantunkan oleh Rita berbunyi: “…the whole country is in the reserves, only in Israel.”. Ia menggambarkan sebuah hakikat dan perjuangan Israel untuk membangunkan sebuah negara haram yang kuat, dan tidak ada gangguan daripada mana-mana tuntutan lagi pada masa hadapan, hanya Israel berhak ke atas bumi Palestin selari dengan dakwaan palsu Zionis, “Tanah Yang Dijanjikan”, menurut tafsiran mereka terhadap kisah yang berlaku pada zaman Nabi Daud AS (yang Yahudi panggil David).

Namun, sejak Israel tidak lagi berjaya mengekang arus maklumat dunia, berkat perkembangan dunia internet, kecekalan para ahli akademik dan sejarah membongkar ‘fakta sejarah’, mitos yang direka oleh Zionis semakin diterima sebagai pembohongan besar. Ini dapat kita baca dengan asas sejarah yang menepati fakta, yang turut mengambilkira dokumen-dokumen awal mengenai penubuhan negara haram Israel, dan talam dua muka para pemimpinnya. Salah satu daripada karya yang menolak dan mengecam mitos ciptaan Zionis ialah tulisan Ilan Pappe, Ten Myths About Israel, London: Verso Books, 2017.

Sepuluh mitos zionis itu ialah (1) Palestin merupakan wilayah tanpa penghuni; (2) Yahudi adalah bangsa tanpa tanah (wilayah atau negara); (3) Zionisme adalah Judaisme; (4) Zionis bukan penjajah; (5) Penduduk Palestin meninggalkan Palestin secara sukarela sejak tahun 1948; (6) Perang Enam Hari (1967) adalah ‘perang tanpa pilihan’; (7) Israel merupakan negara demokrasi tunggal di Timur Tengah; (8) Mitologi Oslo (Perjanjian Oslo 1993); (9) Mitologi Gaza ( Demokrasi yang silap oleh Amerika Syarikat dan Kemenangan Hamas yang tidak sah dalam Pilihanraya Palestin 2006 oleh Israel. Hamas dianggap sebagai ‘kumpulan ganas’ kerana menolak Pihak Berkuasa Palestin yang bertanding atas tiket Parti Fatah. Fatah hanya menang di Tebing Barat dan tewas teruk di Semenanjung Gaza); dan (10) Penyelesaian Dua Negara (keadah penyelesaian yang tempang dan penuh muslihat yang ‘membenarkan Israel’ terus menerus melakukan keganasan).

Mitos-mitos itulah yang telah menyebabkan Israel ‘besar kepala’ dan tidak tunduk kepada mana-mana desakan, termasuk resolusi Majlis Keselamatan (UNSC) PBB dan PBB sendiri. Setiap resolusi UNSC akan dibatalkan oleh Amerika Syarikat sekiranya resolusi itu dilihat menyekat ‘kegilaan Israel’ dan memberikan Palestin sedikit ‘penawar’ daripada luka kekejaman Zionisme.

Mitos-mitos sedemikian semakin ditolak oleh masyarakat antarabangsa, bahkan keputusan terbaharu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas pemimpin Israel, dan juga Hamas. Walaupun ICJ tidak ada kuasa menangkap, sekurang-kurangnya masyarakat antarabangsa mula sedar, memberikan simpati kepada Palestin atas makna kemanusiaan. Inilah ‘petaka’ yang sedang dihadapi oleh Israel, manakala Amerika Syarikat semakin tercabar dengan tindakan-tindakan yang bersifat ekonomi dan secara tidak langsung juga politik dengan kemunculan BRICS – Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan – yang semakin banyak negara mula memperkatakan perihal ‘mengenyahkan dolar’, de-dolarization.

Seorang perunding kewangan, Robert Koyasaki pernah meramalkan, dolar bakal menjadi mata wang yang tidak bernilai lagi, seumpama kertas tisu jamban (toilet tissue paper). Hegemoni dolar dalam mata wang perdagangan antarabangsa mula menyusut, dan lebih menarik lagi ialah produk-produk kepunyaan firma Amerika Syarikat yang ada hubungan dalam membantu dan bekerjasama dengan Israel terus menerima tindakan boikot – boycott, divestment and sanction, BDS- oleh masyarakat antarabangsa. Kesannya semakin dirasai, bahkan ada kesan memfailkan ‘notis muflis’ dan aktiviti francaisi di seluruh dunia hilang ruang dan peluang.

Ia dijangka menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan sekiranya apa yang difailkan oleh Afrika Selatan bahawa Israel melakukan ‘genosid’ benar-benar diterima dan dibicarakan sepenuhnya dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Biarpun Amerika Syarikat akan tetap menolaknya di luar gelanggang, kerana Amerika Syarikat tidak menandatangani Statut Rom, ia akan menyebabkan nilai-nilai Amerika sebagai kuasa hegemoni atau polis dunia akan tercabar teruk. Tekanan-tekanan yang dikenakan oleh Rumah Putih tidak akan berkesan pada jangka masa panjang, kerana Amerika Syarikat dan Israel semakin dilihat menepati makna ‘negara pariah’.

Tulis Fawzy al-Ghadiry: “…sekolah Yahudi di seluruh dunia akan berusaha menyimpang fakta-fakta sejarah untuk membuat orang-orang Yahudi menjadi pemilik tanah, dan menipu mereka untuk mempengaruhi bahawa Palestin merupakan tanah kosong tak berpenghuni, dan bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih tuhan!

“Pemalsuan dan pemelintiran sejarah berasal dari Yahudi, yang merupakan orang baharu ti tanah itu, dan yang ingin menggunakan sejarah dengan segara cara untuk meyakinkan generasi selanjutnya di dunia bahawa mereka berasal dari tanah ini sejak zaman dulu.

“…Inggeris telah menjanjikan pada orang-orang Palestin dan Yahudi untuk memberi mereka tanah ini (Palestin), yang merupakan kesalahan besar dan maklumat yang diselewengkan (distortion)….Inggeris hanya menjanjikan pada Yahudi untuk memberikan tanah ini pada mereka, menurut Deklarasi Balfour yang terkenal itu, yang telah menghadiahkan tanah Arab Palestin kepada Yahudi.

“Bagi orang Palestin, mereka telah mendiami tanah itu selama lima ribu tahun, namun mereka ingin mengekesampingkan kekuaran Utsmaniyyah, yang tenggelam dalam rasuah di hari-hari terakhirnya, sehingga Inggeris berjanji untuk membebaskan mereka dari kerajaan Utsmaniyayah yang telah bersekutu dengan Jerman melawan Inggeris, jika mereka berjuang bersama Inggeris.

Namun, Inggeris tidak menepati janjinya dan mengkhianati orang Palestin yang bertjuang di barisan hadapan. Inggeris membayar orang Palestin dengan menawarkan tanah orang Palestin kepada Yahudi, yang merupakan orang asing di wilayah itu.

“….Inggeris telah memberikan tanah itu pada Yahudi dan orang-orang Palestin, seolah-olah tanah itu sebuah permen [gula-gula]. Namun itu pun tidak pernah terjadi kerana Inggeris telah memberikan tanah orang Palestin kepada Yahudi – tanah yang sepenuhnya dimiliki oleh orang Palestin namun diambil alih dan ditawarkan pada Yahudi, dan didirikanlah negara Yahudi, dan negara Palestin terperangkap.” (Fawzy al-Ghadiry, Sejarah Palestina: Asal-Muasal Konflik Palestina-Israel, terjemahan The History of Palestin oleh Ibob, Yogyakarta: CV Indoliterasi Publishing House, 2023, hal. 14-15.)

Mahmoud Darwish pernah menulis kepada Rita: “Tamari, this week I thought of you often. My thoughts made me feel bad. I could see only the criminal in you. I was force to forget the sweet, beautiful aspects. Do those aspects exist? I hope they do.”

Mahmoud Darwish kemudian menulis: I thought of her: ‘What is she doing now? She may be in Nablus, or another city, carrying a light rifle as on of the concoquerors, and perhaps at this moment giving orders to some men to raise their arms or kneel on the ground. Or perhaps she is in charge of the interrogation and torture of an Arab girl her age, and as beautiful as she used to be.”

Pendedahan tersebut menyebabkan persoalan cinta terhalang antara Mahmoud Darwish dan Tamara Ben-Ami kembali menjadi bahan perbincangan dan kontroversi, yang melingkari naratif konflik Palestin-Israel. Ia merupakan gambaran konflik Palestin-Yahudi, antara dua perspektif yang saling berkait, iaitu antara semangat memperjuangkan negara yang dirampas dan peribadi [is both national and personal at the same time]. (https://margaridasantoslipes.com/2014/06/21/darwish-through-the-eyes-of-three -women-one-of-them-his-jewish-lover/)

Sedihnya, buku-buku Mahmoud Darwish telah dikeluarkan daripada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh 2014, yang dianggap “blasphemous passages” [ayat-ayat penghinaan] dan sesetengahnya pula mengatakan “to censor one of the Islamic world’s most important modern poets.” Atas sebab itu, di hari-hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Riyadh “under fire for the Arab Network for Research and Publishing, a press which focuses on books about Saudi Arabia and political Islam. “The site appeared like it was hit by a a rocket” dan… the books “violated the Kingdom’s laws” (“Saudi book fair bans “blasphemous’ Mahmoud Darwish works after protest”, The Guardian, 14 Mac 2014).

Tentunya, untuk menafikan sumbangan emosi marah masyarakat antarabangsa terhadap ‘kegilaan Israel’ atas daar perkauman (Zionisme), sedikit sebanyak pengaruh puisi-puisi Mahmoud Darwish ada sahamnya, Puisi-puisi Mahmoud Darwish semakin diterima dalam erti kata kebangkitan nasionalisme baharu dalam anak muda Palestin, dan juga masyarakat antarabangsa yang sudah memperlihatkan penolakan ‘penjajahan budaya’ yang disogokkan oleh Barat dan diperhebatkan oleh Amerika Syarikat.

Inilah nuansa puisi-puisi Mahmoud Darwish, yang dapat diselami sejarah mendalam makna penyatuan yang terkandas, kerana disergah oleh senapang, peluru berpandu, senjata berat dan kemusnahan total dalam perihal ‘bumi hangus’. Strategi gila yang dilihat sebagai punca kebiadaban dan betapa narsisnya pemimpin-pemimpin Israel, yang cuba menggunakan perenggan-perenggan dalam kitab suci –Bible, Talmud dan sebagainya – secara melulu dan terpesong.

Tulis Noam Chomsky: Israel mengulang rentak yang sama setiap kali, dengan mengabaikan sebarang perintah dalam perjanjian; sementara Hamas patuh akan perjanjian itu. Hal ini turut diakui oleh Israel. Keganasan Israel yang meningkat akhirnya memaksa Hamas untuk bertindak balas, seterusnya dibalas pula dengan keganasan yang lebih zalim.” (Noam Chomsky dan Ilan Pappe, Perihal Palestin, 2024, hal.185). Taufan Aqsa yang berlaku pada 7 Oktober 2023, telah membuktikan balas dendam Israel benar-benar gila dan melampau batas kemanusiaan.

Seperti getus hati kecil Mahmoud Darwish: We once said that only death would tear us apart. Death was late, and we split”, sebabnya, “mungkin bulan itu indah hanya kerana jauh” dan “Tanah air saya bukan bagasi, dan saya bukan pelancong”, di dalam hati terus mekar dan kental: “standing here, staying here, permanent here, eternal here, and we have one goal, one, one, to be” dan “where can I free myself of the homeland in my body?”.

Nadi setiap rakyat Palestin, yang berjuang di atas kebebasan dan harga diri terus tersemat semangat juang Mahmoud Darwish: Saya berpendapat, puisi boleh mengubah segalanya, boleh mengubah sejarah dan boleh memanusiakan, pada saya, ilusi sangat diperlukan untuk mendorong penyair terlibat dan percaya, tetapi sekarang, pada saya, puisi hanya mengubah penyairnya.”  Itu perasaannya ketika kecewa, tetapi pada masa jiwanya beralun kental “Cintaku, aku takut diamnya tanganmu”. Tangan-tangan anak Palestin tidak pernah diam, kerana memerdekakan ‘tanah air’ adalah segala-galanya.

Dengan puisi-puisinya, pembaca merenung tentang cinta, kebebasan dan hak asasi manusia. Al-Fatihah buat Mahmoud Darwish (13 Mac 1941- 9 Ogos 2008). Puisi-puisinya terus hidup dan menjiwa masyarakat dunia, puisi-puisinya akan terus menyuntik semangat biarpun ‘seribu halangan melanda’ kerana jiwa manusia yang lembut boleh bertukar menjadi ‘keras dan kasar’ apabila kelembutan dicabar dan dinoda oleh kebiadapan.

MONOSIN SOBRI

Written by Admin
Category: dhomir
Hits: 233

213 videos 780291 views 6760 subscribers
Dhomir TV
Assalamualaikum, dan selamat kembali ke Dhomir TV. Objektif kami adalah untuk menghidupkan kembali penyatuan ummah, supaya Islam bangkit semula seperti zaman-zaman Golden Age. Kami percaya bahawa dengan kesatuan ini, barulah umat Islam dihormati dan disegani oleh seluruh dunia. Subscribe channel kami: https://www.youtube.com/DhomirTV?su... Kunjungi website: https://www.dhomir.com Jadi ahli Patreon kami di: https://www.patreon.com/dhomirtv Di samping itu, kami juga mahu membuka minda ummah supaya mengurangkan pertengkaran tentang perkara furuq, dan lebih fokus kepada pembangunan insan dan minda. Sebarang pertanyaan boleh melalui email - dhomirtv@gmail.com
Uploads
  • ENSLIKLOPEDIA DHOMIR
  • INSPIRASI DAN MOTIVASI
  • LENSA DHOMIR
  • FILEM PENDEK
  • SEJARAH ISLAM TERSEMBUNYI
  • AGENDA AKHIR ZAMAN

AMARAN DARI SEJARAH | Adakah Nasib Palestin Seperti Andalusia?

20.10.2025
Sejarah tidak pernah berbohong. Corak yang digunakan untuk melenyapkan 5 juta Muslim dari Andalusia kini sedang digunakan dengan begitu teliti di Palestin. Ini bukanlah satu kebetulan, ia adalah satu blueprint yang sedang berulang di hadapan mata kita. Saksikan pendedahan penuh Dhomir TV mengenai "Buku Mainan" Zionis dan sekutunya, dan bagaimana ia telah digunakan berkali-kali untuk meruntuhkan kerajaan Islam dari Andalusia, Mughal, Melaka, sehinggalah ke Gaza hari ini. Dalam video ini, kami membongkar: ✅ Blueprint 4 Peringkat Kehancuran: Fahami bagaimana perpecahan dalaman (Taifa), perjanjian damai yang khianat (Oslo), penghapusan identiti (sibghah), dan pengusiran etnik (Nakba) adalah langkah-langkah yang dirancang. ✅ Taktik Penjajahan Minda: Bagaimana musuh memaksakan 'slave mind' atau jiwa hamba untuk melemahkan kita dari dalam. ✅ Perang Padam Sejarah: Pendedahan strategi penghapusan kubur tokoh Islam, pembakaran kitab, dan pemadaman bahasa untuk memutuskan hubungan kita dengan akar umbi. ✅ Jalan Keluar Ummah: Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, apakah strategi sebenar yang perlu kita amalkan sekarang? Dari diplomasi, kesatuan doa, sehinggalah keyakinan pada janji Allah. Ini bukan sekadar video sejarah. Ini adalah panggilan untuk sedar sebelum terlambat. Sertai Gerakan Kesedaran Ini: 📢 SEBARKAN KEBENARAN: Kongsikan video ini agar lebih ramai umat Islam memahami corak sejarah yang sedang berulang dan tahu apa yang perlu dilakukan. 🔔 SOKONG KAMI: Sila Like, Komen pandangan anda, dan Subscribe ke DhomirTV. Aktifkan notifikasi agar tidak terlepas analisis mendalam yang seterusnya! #Andalusia #Palestin #SejarahIslam #Gaza #Zionis #Konspirasi #DhomirTV #Nakba #KesedaranUmmah #BlueprintKehancuran #Melaka
118
5
0

SEJARAH KHIANAT ISRAEL: Bolehkah Kita Percaya 'Damai' Kali Ini? | Amaran Al-Quran

16.10.2025
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! Berita perjanjian damai antara Palestin dan Israel sedang hangat diperkatakan. Namun, di sebalik kelegaan, kita wajib berwaspada. Adakah ini keamanan sejati, atau satu lagi helah yang telah berulang kali dilakukan oleh rejim Zionis? Video ini membongkar: ✅ Rekod Pengkhianatan Israel: Dari Perjanjian Oslo hingga puluhan gencatan senjata yang dicabuli, kami menyingkap sejarah panjang Israel yang mungkir janji. Bolehkah mereka dipercayai kali ini? ✅ Fokus Greta & Kelalaian Kita: Bandingan pedas antara fokus jitu aktivis seperti Greta Thunberg yang terus menuntut keadilan, dengan kelalaian sebahagian umat Islam yang terperangkap dalam perdebatan isu kecil. ✅ Amaran Allah SWT: Kupasan mendalam Surah Al-Ma'idah ayat 13 dan Surah Muhammad ayat 38 tentang kaum yang berpaling dari jalan Allah dan bagaimana mereka akan digantikan oleh "kaum lain" untuk menegakkan kebenaran. ✅ Fokus Jihad Umat Islam Kini: Apa sebenarnya yang perlu kita lakukan? Pembangunan semula Gaza, memperkasakan ekonomi Palestin, atau tekanan diplomatik? Jihad bukan hanya perang! ✅ Hindari 'Hero Worship': Peringatan penting untuk menjaga keikhlasan hati, menjauhi riya' dan ujub, serta terus fokus membantu mujahideen, mustadhafin, dan mazlumin di Gaza. Ini adalah panggilan untuk muhasabah diri. Mari kita perbetulkan fokus dan satukan langkah demi Palestin. Sertai Gerakan Kesedaran Ini: 📢 SEBARKAN KEBENARAN: Kongsikan video ini di platform media sosial anda (WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram) agar lebih ramai umat Islam sedar akan realiti ini. 🔔 SOKONG KAMI: Sila Like, Komen pandangan anda, dan Subscribe ke DhomirTV untuk lebih banyak analisis Islam kontemporari yang berani dan mendalam. Aktifkan notifikasi agar tidak terlepas video seterusnya!
63
2
0

The G.R.E.A.T Trust Plan Gaza: Rahsia Trump & Netanyahu Terbongkar

08.10.2025
TERBONGKAR SUDAH! Di sebalik kemusnahan Gaza yang kita saksikan, wujud satu pelan perniagaan rahsia yang didalangi oleh Donald Trump, Jared Kushner, dan sekutu-sekutu mereka. Saksikan pendedahan penuh dokumen "The GREAT Trust Plan" yang menggemparkan ini. Video ini membongkar bagaimana "The GREAT Trust Plan" bukanlah satu misi kemanusiaan, tetapi sebuah blueprint terperinci untuk: ✅ Kapitalisme Bencana: Bagaimana tragedi Gaza dijadikan peluang pelaburan dengan unjuran keuntungan sehingga $400 bilion. ✅ Pengusiran Halus: Dedahan agenda "Program Penempatan Semula Sukarela" yang merancang untuk mengosongkan 25% penduduk Gaza secara kekal. ✅ Pengkhianatan Ummah: Bukti jelas dari dokumen pelan yang menamakan projek-projek mega seperti "MBS Ring Highway" dan "MBZ Central Highway", mendedahkan penglibatan pemimpin Arab Saudi dan UAE. ✅ Penjajahan Moden: Bagaimana Gaza akan ditadbir oleh sebuah Amanah pimpinan AS dan dikawal oleh tentera upahan swasta. Fahami mengapa serangan ke atas Gaza perlu berlaku untuk "membersihkan tapak" bagi projek hartanah mewah seperti "Gaza Trump Riviera & Islands". Ini adalah agenda yang lebih besar daripada sekadar perang. Sertai Pendedahan Ini: 📢 SEBARKAN KEBENARAN: Jangan biarkan agenda ini berjalan dalam senyap. Kongsikan video ini di WhatsApp, Facebook, dan Twitter agar lebih ramai yang tahu. 🔔 SOKONG KAMI: Sila Like, Komen, dan Subscribe ke DhomirTV untuk lebih banyak analisis yang berani dan mendalam. Nyalakan loceng notifikasi anda!
9801
193
26

TERKINI: Flotila Ke Gaza Ditawan! Aktivis Malaysia Selamat | Analisis Penuh

05.10.2025
TERKINI: Global Sumud Flotilla telah dipintas tentera Israel! Wira-wira kemanusiaan Malaysia kini menjadi tawanan. Saksikan pendedahan penuh mengenai misi berani ini dan detik-detik cemas apabila kapal bantuan Alma dan Sirius ditahan di perairan antarabangsa pada 2 Oktober 2025. Video ini bukan sekadar laporan berita. Kami mengupas secara mendalam: ✅ Kronologi Sebenar: Fahami bagaimana misi kemanusiaan ini bertukar menjadi krisis tebusan, lengkap dengan senarai nama sukarelawan Malaysia yang ditahan termasuk PU Rahmat. ✅ Suara Malaysia: Dengarkan kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa. ✅ Analisis Mendalam: Kami membongkar sejarah dan kepincangan "Perikatan Judeo-Christian" yang menjadi tulang belakang sokongan buta kepada rejim Zionis. Fahami mengapa mereka bertindak begitu kebal walaupun dikecam dunia. ✅ Perspektif Iman: Selami makna di sebalik pelayaran ini dari sudut pandang Islam. Apakah maksud sebenar Ukhuwwah, Fardhu Kifayah, dan Tawakkal dalam konteks perjuangan ini? Ini adalah kisah tentang keberanian melawan kezaliman, sebuah strategi global untuk memecahkan sekatan, dan ujian getir yang kini menimpa saudara-saudara kita. Perjuangan mereka tidak boleh terhenti di sini. Sertai Perjuangan Ini: 🙏 DOAKAN MEREKA: Inilah saatnya untuk kita mengamalkan Qunut Nazilah. Sebutkan nama mereka dalam doamu: Musa Nuwayri, Illylia Balqis, Sul Aidil, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, Rusydi Ramli, dan semua pejuang kemanusiaan yang ditahan. 📲 SEBARKAN KEBENARAN: Kongsikan video ini agar lebih ramai yang tahu apa yang sedang berlaku. Jangan biarkan naratif mereka dipadamkan. 🔔 SOKONG KAMI: Sila Like, Komen, dan Subscribe ke DhomirTV untuk lebih banyak analisis yang berani dan mendalam.
388
7
0

Apabila Rakyat Diperbodohkan | Politik Kebencian & Kegagalan Demokrasi Barat

06.09.2025
Apabila Rakyat Diperbodohkan | Politik Kebencian & Kegagalan Demokrasi Barat Hari ini umat Islam di Asia Tenggara sedang diperbodohkan – bukan dengan senjata, tetapi dengan ideologi Barat, politik kebencian dan demokrasi yang cacat asasnya. Rakyat diperalatkan, pemimpin mabuk kuasa, dan akhirnya kita semakin jauh daripada Siyasah Syar‘iyah yang diajar oleh ulama Islam sepanjang zaman. Dalam video kali ini, kami mengupas: ⚠️ Bagaimana politik kebencian merosakkan masyarakat. ⚠️ Mengapa slogan “Kuasa Rakyat” hanya retorik tanpa tanggungjawab. ⚠️ Kegagalan demokrasi Barat dalam membina masyarakat berilmu & berakhlak. ⚠️ Jalan keluar melalui ilmu, adab, akhlak & kepimpinan amanah seperti yang digariskan dalam Islam. 📌 Tonton hingga akhir dan fikirkan — adakah kita rela terus diperbodohkan, atau sudah tiba masanya umat Islam bangkit dengan acuan sendiri? #PolitikMalaysia #SiyasahSyariyah #DhomirTV #IslamicDocumentary
824
9
1

Orang MUKMIN Akan Menang!

02.09.2025
Mengapa umat Islam, meskipun berjumlah berbilion di seluruh dunia, terus ditindas di Palestin, Sudan, dan negara-negara lain? Jawabannya terletak pada perbezaan besar antara seorang Muslim dan seorang Mukmin. Video ini akan meneroka mengapa kemenangan sejati dijanjikan oleh Allah (SWT) bukan hanya kepada orang Islam secara umum, tetapi secara khusus kepada *Mukminin*. Dalam dokumentari ini, kita akan mendalami: * *Perbezaan antara Muslim dan Mukmin* dari sudut pandangan Islam. Seorang Muslim adalah seseorang yang telah menyerahkan diri sebagai hamba kepada Allah (SWT) dan melaksanakan rukun Islam, seperti mengucapkan syahadah, solat, puasa, zakat, dan menunaikan haji. Sebaliknya, seorang Mukmin adalah individu yang benar-benar beriman dan percaya kepada Allah (SWT), bukan hanya melalui lisan tetapi juga di dalam hati, dan membuktikannya dengan tindakan nyata. * *Sifat-sifat utama Mukmin sejati* yang menjadi kunci kejayaan umat Islam. Surah al-Mu’minūn (ayat 1 hingga 11) menggambarkan Mukmin sejati sebagai mereka yang khusyuk dalam solat, menjauhi kata-kata sia-sia, menunaikan zakat, menjaga maruah, menepati janji dan amanah, serta menjaga solat dengan penuh disiplin. * *Mengapa kemenangan dijanjikan hanya kepada Mukminin* dan bukan semata-mata Muslimin. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Hujurat (ayat 14), keimanan belum masuk ke dalam hati mereka yang hanya berkata “kami telah tunduk”. * *Bagaimana kita, sebagai individu, boleh berubah* dari sekadar Muslim kepada seorang Mukmin. Kemenangan umat Islam tidak datang dengan jumlah, tetapi dengan *iman, akhlak, dan amal soleh*. Tonton video ini sehingga habis untuk memahami mengapa Allah hanya memberikan pertolongan kepada *Mukminin*, dan bagaimana perubahan bermula dari dalam diri kita sendiri. **#Islam #Mukmin #Muslim #Palestin #Sudan #KemenanganUmat #StudioAlFalah**
278
8
0

KUASA Bukan TIKET Mengkayakan Diri

30.08.2025
KUASA BUKAN TIKET MENGKAYAKAN DIRI | Realiti Kepimpinan & Amanah Dalam Islam Sejarah membuktikan — setiap peradaban yang korup akhirnya musnah. Dari kota yang megah menjadi padang darah dan api. Persoalannya, adakah kita sedang menuju ke arah yang sama? Dalam video ini, kita akan membongkar: Pemimpin yang menipu dan mengambil harta rakyat. Mengapa orang miskin dihukum, sedangkan orang kaya dibebaskan. Amanah yang diserahkan kepada yang tidak layak. Jurang kaya dan miskin yang semakin melebar. Bagaimana agama dipermainkan demi kuasa. Al-Quran dan Hadis Nabi ﷺ sudah memberi amaran jelas. Bila kepimpinan dijadikan tiket memperkayakan diri, rakyat akan ditindas dan negara hancur. ➡️ Saksikan peringatan penting ini, agar kita tidak mengulangi kesilapan sejarah. #Amanah #Islam #Dakwah #Kepimpinan #Korupsi #Dhomirtv
959
15
5

ISU TABUNG HAJI | RM 20 Juta & Syarikat Non-Bumiputera

28.08.2025
ISU TABUNG HAJI III | Fakta Sebenar Kontrak RM20 Juta & Status Syarikat Bumiputera Sekali lagi Tabung Haji menjadi bahan serangan politik. Kali ini, dakwaan kononnya kontrak penjenamaan semula TH mencecah RM20 juta serta tuduhan 23 syarikat bukan Bumiputera mendapat kontrak. Dalam video ini, STUDIO AL-FALAH akan membongkar fakta sebenar: Nilai kontrak RM5.9 juta (bukan RM20 juta) dan penjelasan tentang kos anggaran RM18 juta. Status syarikat Bumiputera menurut polisi Tabung Haji. Isu kebocoran “dokumen sulit” dan implikasi undang-undang Akta Rahsia Rasmi 1972. Bahaya permainan politik yang mencemarkan nama institusi Islam terbesar negara. Kita perlu bersuara apabila fitnah dan spekulasi menjejaskan keyakinan umat Islam terhadap Tabung Haji. Jangan biarkan agenda politik merosakkan amanah umat. 📺 Saksikan pendedahan penuh hanya di STUDIO AL-FALAH. 👉 Jangan lupa Like, Share & Subscribe untuk lebih banyak pencerahan isu semasa dari perspektif Islam. #TabungHaji #StudioAlFalah #PolitikMalaysia #IsuSemasa #AktaRahsiaRasmi __________________________________________________________________________ Credits: Music: Dark Knight by Soundridemusic Link to Video: • Dark Cinematic Thriller NoCopyright Backgr... Music: Dark Crimes by Soundridemusic Link to Video: • Crime Tension No Copyright Background Musi... Track name: "Solving The Crime" by FesliyanStudios __________________________________________________________________________
892
15
7

KEANGKUHAN MANUSIA | Kisah Firaun, Qarun, Namrud, Kaum 'Ad & Lut

23.08.2025
KEANGKUHAN MANUSIA | Kisah Firaun, Qarun, Namrud, Kaum 'Ad & Lut Al-Quran berulang kali mengingatkan kita tentang kesudahan kaum-kaum terdahulu yang dihancurkan kerana kesombongan mereka — Firaun dengan kekuasaan, Qarun dengan harta, Kaum ‘Ad dengan kekuatan, Kaum Nabi Syu’aib dengan perdagangan yang zalim, Namrud dengan ego kekuasaan, dan Kaum Lut dengan hawa nafsu. Video dokumentari ini mendedahkan bagaimana sifat takabbur dan lupa kepada Allah SWT menghancurkan mereka — dan bagaimana umat manusia hari ini sedang mengulangi kesilapan yang sama. Saksikan kupasan intelektual ini untuk menyedarkan kita semua: bahawa kebergantungan kepada kuasa, ekonomi, teknologi dan nafsu tanpa tawakal kepada Allah hanya membawa kepada kehancuran. Rujukan utama: Surah Al-Ankabut:39-40, Surah An-Nazi’at:24, Surah Al-Qasas:78, Surah Fussilat:15, Surah Hud:84, Surah Al-Baqarah:258, Surah Al-A’raf:81. Jangan lupa Like, Share & Subscribe ke DHOMIR TV untuk lebih banyak dokumentari Islamik yang membuka minda. #KeangkuhanManusia #SejarahIslam #Quran #Firaun #Qarun #KaumAd #Namrud #KaumLut #akhirat __________________________________________________________________________ Credits: Music: Dark Knight by Soundridemusic Link to Video: • Dark Cinematic Thriller NoCopyright Backgr... Music: Dark Crimes by Soundridemusic Link to Video: • Crime Tension No Copyright Background Musi... Track name: "Solving The Crime" by FesliyanStudios __________________________________________________________________________
365
10
0

KES ZARA QAIRINA | Mewujudkan Keadilan Sebenar

14.08.2025
Kes Zara Qairina menyoroti keperluan kritikal untuk keadilan sosial dan prinsip-prinsip keadilan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Episod Dhomir TV ini meneroka bagaimana kekurangan adab boleh membawa kepada buli dan masalah sosial yang lain. Kami mengupas perspektif Islam tentang keadilan, menekankan bahawa pangkat dan kedudukan sosial tidak mengecualikan sesiapa daripada hukuman. *Apa yang Anda Akan Pelajari dalam Video Ini:* * *Prinsip Keadilan dalam Islam*: Temui bagaimana Rasulullah ﷺ tidak berkompromi dalam melaksanakan keadilan, walaupun kepada ahli keluarga Baginda sendiri. Ini menunjukkan bahawa pemimpin hari ini mesti tegas dalam menegakkan keadilan supaya masyarakat dapat hidup dengan aman. * *Kes Zara Qairina*: Kami membincangkan bagaimana isu buli ini sebenarnya lahir daripada krisis adab. Kami juga mengkaji kepentingan adab sebagai asas kepada ilmu dan akhlak. * *Menegakkan Hak Golongan yang Dizalimi*: Ketahui mengapa Islam mewajibkan kita untuk membela dan membantu keluarga mereka yang dizalimi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud; "Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi". * *Peranan Institusi*: Kami melihat perkembangan terkini dalam kes Zara, termasuk pengumuman inkues untuk menentukan punca kematian dan sama ada wujud unsur jenayah. Kami juga menyentuh isu penyiasatan yang tidak dijalankan mengikut SOP dan tindakan tegas yang akan dikenakan ke atas pegawai penyiasat yang mengendalikan kes. * *Seruan untuk Bertindak*: Video ini diakhiri dengan mesej yang kuat tentang kembali kepada adab yang diajar oleh Islam untuk mencegah tragedi masa depan daripada berulang. Kami juga berkongsi seruan untuk solat hajat dan bacaan Yasin untuk Zara Qairina dan keluarganya. Video ini wajib ditonton oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami keadilan sosial dari perspektif Islam dan kepentingan menegakkan keadilan dalam masyarakat kita. Jangan lupa untuk suka, kongsi, dan langgan Dhomir TV untuk kandungan yang lebih mencetuskan pemikiran. #ZaraQairina #KeadilanSosial #DhomirTV #Buli #Adab #Islam #Keadilan #SocialJustice #BullyingAwareness #KesBuli
1803
26
1

MENIPU Atas Nama Agama

11.08.2025
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan kes penipuan derma dan sedekah yang menggunakan nama Islam — dari NGO palsu kononnya membantu anak yatim & Palestin, hingga skim pelaburan patuh syariah yang rupanya penipuan licik. Video ini membongkar: Bagaimana penipu mengeksploitasi emosi umat Islam dengan ayat Al-Quran & imej kesengsaraan. Mengapa Tabayyun (verifikasi) adalah tuntutan Al-Quran untuk mengelakkan penipuan. Bentuk-bentuk penipuan atas nama agama di Malaysia. Tanggungjawab kita sebagai Muslim untuk memastikan dana sedekah sampai kepada asnaf yang berhak. 📖 Rujukan Ayat: Surah Al-Baqarah 2:267, Surah Al-Hujurat 49:6. 📢 Ingat: Orang Baik Bukan Selalu Ditipu. Orang Tidak Teliti Selalu Ditipu. Tonton hingga habis untuk memahami strategi penipu dan bagaimana kita boleh melindungi diri, keluarga & ummah daripada fitnah ini. #MenipuAtasNamaAgama #Tabayyun #Sedekah #IslamMalaysia #PenipuanDerma #ScammerNGO #DhomirTV
3750
55
20

MUSUH ISLAM SEDANG BERGERAK | Jangan Leka Dengan Fitnah

09.08.2025
*📌 MUSUH ISLAM SEDANG BERGERAK | Jangan Leka Dengan Fitnah* Hari ini, umat Islam sedang berdepan serangan besar-besaran dari luar — Zionis, media antarabangsa yang berat sebelah, dan gerakan Islamofobia yang dibiayai ratusan juta dolar. Mereka bersatu untuk menghancurkan Islam, sedangkan kita masih leka berbalah sesama sendiri. Video ini membongkar: * Fakta dana besar gerakan anti-Islam di Amerika & Eropah. * Bagaimana media antarabangsa memanipulasi naratif terhadap umat Islam. * Bahaya hilangnya adab & akhlak dalam masyarakat Muslim. * Peranan ilmu dan kesedaran untuk mengembalikan kekuatan ummah. 💬 Firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 46: *"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah; sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."* 📢 *Inilah masanya untuk umat Islam Malaysia sedar dan bersatu!* Jangan biarkan musuh Islam di luar sana memanfaatkan kelemahan kita di dalam. Islamofobia, Zionis, Fitnah Terhadap Islam, Musuh Islam, Media Barat, Adab & Akhlak, Ummah Bersatu, Fitnah Dunia, Persatuan Umat Islam Malaysia, Serangan Terhadap Islam, Strategi Zionis, Kebangkitan Ummah ___________________________________________________________________________ BGM Track: Cinematic Documentary Artist: AShamaluevMusic Owner: Aleksandr Shamaluev PRO BMI IPI: 853951605
247
14
0

KULLU NAFSIN DZA’IQATUL MAUT | Setiap yang bernyawa pasti akan mati

05.08.2025
"Kullu nafsin dzā’iqatul maut..." (Ali-’Imran: 185). Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tetapi sejauh mana kita bersedia dengan "exit strategy" menuju akhirat? Dalam dunia hari ini, kita sibuk merancang pelaburan, pencen, dan legasi dunia — tetapi lalai merancang bekalan ke alam kubur dan Barzakh. Dalam video ini, Dhomir TV akan membawa anda merenung hakikat kematian dan bagaimana strategi sebenar seorang Muslim seharusnya dirancang bukan hanya untuk dunia fana, tetapi untuk akhirat yang kekal abadi. Kita akan menyingkap nasihat Rasulullah SAW tentang dunia sebagai penjara bagi orang beriman, amalan yang akan menyelamatkan kita di alam kubur, serta keutamaan mujahadah melawan hawa nafsu. 📌 Antara isi kandungan video: Kenapa dunia ini dicipta untuk mengecewakan orang beriman? Alam Barzakh: Apa yang menanti selepas ruh berpisah dari jasad? Mujahadah & Muhasabah: Kunci persiapan menuju syurga. Bagaimana strategi exit dunia yang sebenar dalam perspektif Islam? 📖 Dalil-dalil dari Al-Quran & Hadith akan dikupas bagi membimbing kita kembali memfokuskan hidup kepada redha Allah SWT. Tonton hingga akhir & muhasabah diri, kerana dunia adalah sementara, tetapi akhirat adalah selamanya. #Akhirat #Mati #PersediaanAkhirat #DhomirTV #KulluNafsin #StrategiAkhirat #ExitStrategy #Barzakh #IslamicReminder #StudioAlFalah
297
11
0

QUNUT NAZILAH | Memusnahkan Diri Sendiri? | HD

01.08.2025
Doa adalah senjata orang mukmin. Ia penghubung rohaniah antara hamba dan Pencipta. Namun hari ini, disebabkan perbalahan politik, doa yang asalnya baik disalahguna. Sama ada sedar atau tidak, dunia politik hari ini semakin tercabut nilai-nilai moral dan etika, dan telah mencipta jurang persaudaraan Islam dan kemanusiaan yang semakin lebar dan dalam. Qunut Nazilah adalah doa yang diajar Rasulullah SAW bagi memohon pertolongan Allah saat umat Islam dizalimi oleh musuh yang nyata. Ia bukan senjata politik untuk menjatuhkan sesama Muslim. Sepatutnya doa yang ditujukan kepada umat Islam hendaknya berbentuk kebaikan umum dan menyeluruh seperti memohon keselamatan, petunjuk hidayah, jalan petunjuk yang lurus dan sebagainya. Sebab itulah doa melaknat manusia lain untuk sesuatu tujuan jahat maka biasanya permohonan itu tidak diperkenankan oleh Allah SWT, sama juga dengan solat yang dilakukan dengan niat yang tidak ikhlas iaitu solat bukan kerana Allah tetapi kerana niat bermegah-megah, sekalipun tujuan solat itu adalah baik dan dibenarkan tetapi permohonan itu tetap tidak termakbul. Pada hakikatnya doa yang buruk yang ditujukan kepada umat Islam lain itu, akan terkena pada dirinya juga kerana kita sendiri sebahagian daripada mereka. Adapun berdoa berjemaah meminta kehancuran pemerintah, ia jelas perbuatan bid'ah dan maksiat mirip amalan Khawarij. Doa ke atas pemerintah di hadapan khalayak, ia bukan doa. Barangkali ia lebih kepada riak menzahirkan amal ibadah. Apapun, doa ke atas pemerintah di hadapan khalayak lebih sesuai dikatakan sebagai MENGHASUT dan MENCERCA pemerintah.
11564
162
210

MANUSIA BERTOPENG | Menipu Dengan Senyuman

15.07.2025
Dunia ini merupakan ujian Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Semakin hari, ia semakin dipenuhi dengan topeng dan kemunafikan, bukan dengan wajah manusia yang jujur dan yang benar. Inilah realiti yang pahit, namun tetap menjadi sesuatu yang terpaksa dihadapi dengan tabah. Mungkin pernah terlihat antara kenalan, dalam bicara terukir senyuman, berkongsi makanan, dan gelak ketawa bersama-sama. Namun, sebaik sahaja memalingkan pandangan ke belakang, kebenaran yang berbeza muncul. Gelak ketawa dan senyuman, bertukar menjadi kutukan, kritikan, tohmahan dan adu domba. Sesetengah orang akan kekal sebagai rakan selagi mana mereka mendapat manfaat daripada hubungan dengan kita. Sebaik sahaja kita menghadapi kesukaran, sebaik sahaja kita jatuh, mereka akan hilang seperti bayang-bayang di waktu senja. Mereka senyap dan lenyap dalam kegelapan malam. Entah mati atau masih hidup.
265
3
0

NORMALISASI ISRAEL | Sabotaj Dari Dalam Ummah

12.07.2025
Umat Islam hari ini diserang dari semua arah. Dari luar, dengan peluru dan bom. Gaza. Syria. Kashmir. Pertumpahan darah berlaku di mana-mana. Tetapi sabotaj paling berbahaya bukan dari musuh yang kita nampak, dan bukan dari bom yang meledak.Ia datang dari dalam. Dengan senyuman manis, dengan jabat tangan palsu, dengan perjanjian yang membusuk dari dalam. Hari ini, satu pengkhianatan besar sedang berlaku di hadapan mata kita. Sebuah luka menganga yang mengancam untuk memecah belah umat dari akarnya. Normalisasi hubungan dengan Israel. Persoalan besar yang harus dijawab oleh pemimpin dunia Islam hari ini adalah - Ada apa yang normalnya bila kita bersahabat dengan penjajah zalim? Ini bukan mencari pendamaian, tetapi suatu langkah senyap yang sedang menyalakan api fitnah dalam dunia Islam. Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) Credits: Music: High Alert by Soundridemusic I Am a Man Who Will Fight for Your Honor by Chris Zabriskie is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 license. https://creativecommons.org/license... Source: http://chriszabriskie.com/honor/ Artist: http://chriszabriskie.com/ __________________________________________________________________________
121
9
0

Di Mana MARDHATILLAH? Kepimpinan Islam & Penyakit Cinta Dunia

05.07.2025
Di Gaza, anak-anak kecil kehilangan keluarga. Di Yaman, rakyat menderita kebuluran. Di Masjidil Aqsa, tempat suci Islam diinjak-injak. Dan di seluruh dunia, umat Islam terdiam. Mengapakah ia begitu sunyi? Mana suara pemimpin yang bangkit membela ummah? Di manakah Mardhatillah — keredhaan Allah — dalam kepimpinan Islam hari ini? Kita lihat para pemimpin dunia Islam hari ini — dari Teluk Arab, ke Asia Tengah, ke Afrika Utara — saling bersaing untuk menarik pelabur barat, menjual aset, dan membina pencakar langit. Mereka lebih sibuk menjaga hubungan diplomatik dengan Zionis dan rejim Barat, daripada mempertahankan saudara seagama mereka di Palestin, di Syria, di Kashmir. Hampir di semua negara Islam, kita melihat tiga perkara utama. Pertama adalah nasionalisme sempit — “negaraku dulu, ummah kemudian.” Kedua, pemimpin yang mengumpul kekayaan peribadi jauh melebihi keperluan rakyat. Ketiga, adalah pemimpin yang menghalalkan kezaliman atas nama kestabilan. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Sesungguhnya kami, demi Allah! Kami tidak menyerahkan urusan ini kepada seseorang yang memintanya, atau seseorang yang tamak kepadanya.” __________________________________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Music: High Alert by Soundridemusic _________________________________________________________________________________________________
89
6
0

SULTAN TEGUR SIS | Bila Nama ‘Islam’ Disalah Guna

22.06.2025
Negara digemparkan dengan keputusan mahkamah persekutuan yang telah membenarkan rayuan pertubuhan SIS Forum (Malaysia) dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan undang-undang mereka mencabar fatwa Jawatankuasa Fatwa Selangor. Majlis Agama Islam Selangor MAIS telah mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam pada tahun 2014. Justeru apakah implikasinya kepada umat Islam? “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” - (Surah al-Maidah, ayat 3) ‘Islam’ bukan sekadar label – ia simbol iman, ketakwaan, dan mahkota akidah. Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan. Kekecewaan itu lahir dari keputusan yang membenarkan Sisters in Islam (SIS Forum Malaysia) terus menggunakan nama tersebut, walaupun fatwa 2014 mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme mereka sesat (sinarharian.com.my). Sultan tegas menggesa SIS hentikan penggunaan kata ‘Islam’ dalam apa jua penerbitan atau platform yang mereka gunakan – kerana ia akan menimbulkan kekeliruan umat (utusan.com.my). __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) Credits: Music: High Alert by Soundridemusic __________________________________________________________________________
271
8
1

Cadangan Sekretariat Orang Melayu

20.06.2025
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan satu inisiatif baharu, dikenali sebagai Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu. Menurut beliau, gerakan tidak rasmi itu bukan bermotifkan politik, sebaliknya wadah bagi menyelesaikan masalah dan isu dihadapi orang Melayu. Namun inisiatif ini ditolak Gerakan Kesejahteraan Umat Malaysia (GKUM), gabungan 10 badan bukan kerajaan (NGO). Mereka menolak payung besar kepimpinan Melayu ini, atas dasar ia bertitik tolak daripada politik kebangsaan yang sempit. Justeru ke mana halatuju penyatuan ummah di masa hadapan? Secara fitrah, ummah sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan bukan persengketaan. Fitrah semula jadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh semua manusia. Amat menyedihkan apabila ada suara-suara yang mengajak umat Melayu agar bersatu maka mula kedengaran suara sumbang yang menolak gagasan penyatuan ini. Ini barangkali kerana perbezaan nyata dari segi fahaman kerpartian. Sebagai muslim sepatutnya tidak timbul dari kumpulan mana atau parti apa sekalipun kita tetap muslim maka kita tidak harus menolak ajakan untuk bersatu. Bukankah tindakan yang lebih rasional adalah untuk bermuzakarah dahulu, sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau menolak agenda yang dibawa? Di mana letaknya sifat Husnudzon, pandangan positif yang disarankan oleh ajaran Islam?
758
11
20

PERANG IRAN-ISRAEL | Era Keamanan Sudah Berakhir

17.06.2025
Dunia kini menyaksikan situasi paling genting sejak Perang Dunia II. 200 jet pejuang Israel telah melancarkan Operation Rising Lion ke atas loji nuklear dan kem tentera Iran, termasuk Natanz dan Isfahan. Iran membalas dengan ratusan peluru berpandu dan dron, menyasarkan Tel Aviv dan Jerusalem, dan telah menewaskan dan memusnahkan beberapa instalasi ketenteraan Israel. Maka pertanyaan genting muncul: “Adakah kita sedang menyaksikan permulaan Perang Dunia III?” Pada 13 Jun 2025, Israel telah melancarkan serangan udara secara besar-besaran. Sehari selepas itu, Iran sebagai serangan balasan telah melancarkan tiga fasa serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel. Akibatnya, lebih 150 peluru berpandu diluncurkan, menembusi sistem pertahanan Iron Dome dan merosakkan bangunan HaKirya, pusat ketenteraan urban di Tel Aviv. Di akhir zaman ini, ummah diuji dengan pemimpin yang berbalah, penyebaran media yang membingungkan, dan umat Islam yang sengaja dikelirukan dengan perbalahan fiqh dan mazhab. Akibatnya, kita menjadi sangat lemah dan berpecah, berpuak-puak hinggakan musuh amat senang untuk memanipulasi ummah. __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Music: High Alert by Soundridemusic __________________________________________________________________________
778
28
4

Mengapa Allah TIDAK Menolong?

12.06.2025
Dalam kesunyian malam, langit Gaza terbakar — bercahaya bukan kerana bintang, tetapi kerana jet-jet pejuang, peluru berpandu dan bom. Anak-anak Palestin tidur dalam ketakutan. Masjid runtuh, dan jenazah diselimuti debu. Maka terdetik di dalam hati sesetengah orang mukmin, satu soalan yang bergema - “Mengapa Allah tidak tolong?” Sebenarnya soalan ini bukan lahir dari kekufuran. Tapi dari kesedihan yang amat dalam. Ia timbul dari jiwa yang melihat kezaliman berleluasa, hingga minda mereka tertanya-tanya, di mana pertolongan Allah yang dijanjikan kepada mereka yang tertindas? Apabila kita bertanya, “Kenapa Allah tidak membantu?” — itu bukanlah perbuatan syirik atau derhaka. Ia sebenarnya sebuah manifestasi suara iman yang kecewa dengan keadaan, bukan hati yang menolak. Kita tahu dan percaya bahawa Allah Maha Adil. Kita tahu Dia mendengar doa orang yang dizalimi. Namun kenapa masih ramai anak Palestin mati tanpa sempat berdosa? Kenapa doa ribuan umat Islam seperti tenggelam dalam langit yang diam? __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
160
9
0

Sisters In Islam VS MAIS

11.06.2025
Rayuan Sisters In Islam (SIS) Forum untuk membatalkan fatwa kesesatan dikeluarkan pihak berkuasa Islam Selangor, akan diputuskan pada hari Khamis, 19 Jun ini. Pada tahun 2014, fatwa dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan bahawa SIS menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta menyimpang dari ajaran Islam. Justeru siapakah sebenarnya Sisters In Islam ini? Sisters in Islam ditubuhkan pada tahun 1988 oleh sekumpulan wanita Islam atas dasar untuk menangani ketidakadilan yang dihadapi wanita di bawah sistem Syariah Malaysia. Di laman web mereka, SIS menyatakan bahawa; “Pembacaan Al-Quran dengan lensa kritis dan melalui pendekatan hermeneutikal membuka dunia Islam yang kami iktiraf - sebuah dunia untuk wanita yang dipenuhi dengan kasih sayang dan belas kasihan, dan dengan kesaksamaan dan keadilan.” SIS diasaskan bersama oleh 7 orang wanita, dan antara yang prominen ialah Zainah Anwar dan Dr. Amina Wadud. Di dalam sebuah wawancara, Zainah telah menyatakan Amina Wadud “...membantu kami membaca Al-Quran, membaca perkataan, tatabahasa, perbendaharaan kata, pandangan dunia yang hebat, dan kaedah yang hebat untuk membantu kita memahami dunia Al-Quran.” - (The Sun Weekend, 17-18 Julai 2004). Justeru pegangan dan pemahaman Islam yang dibawa SIS dipengaruhi kuat oleh pegangan Islam liberal dan feminisme yang diperjuangkan oleh Amina Wadud selama ini. __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
703
17
2

UPSI BERDUKA - 16 Pelajar Maut

09.06.2025
Innalillahi Wainna Ilaihi Raji’un. Tiada yang lebih pedih buat seorang ibu dan ayah selain menerima khabar anak yang pergi sebelum sempat menggenggam cita-cita. Anak yang dihantar dengan doa, pulang dalam linangan air mata. Susulan kemalangan yang melibatkan para pelajar UPSI, negara kita secara kolektif harus melakukan introspeksi, tentang mengapa musibah kemalangan jalan raya sering menimpa kita. Apakah malapetaka kemalangan yang sering berlaku di negara kita ini dianggap sebagai satu takdir? Kerana segala sesuatu yang tidak kita inginkan di waktu yang tidak tepat, disebabkan oleh kesalahan yang kita perbuat sendiri, bukan datangnya dari Allah SWT. Bukankah setiap kesalahan dan kebaikan walaupun sekecil zarah akan diberi ganjaran? Jika demikian, tentu musibah dan kenikmatan yang kita dapatkan tidak lepas daripada kesalahan dan kebaikan yang kita lakukan. Mereka tidak mengetahui bahawa lapang dan sempitnya rezeki tidak berkaitan dengan murka atau redha Allah, tetapi berkaitan dengan hukum-hukum alam yang diciptakan-Nya. Perolehan seseorang - positif atau negatif - berkaitan dengan sikapnya terhadap hukum-hukum alam yang mencerminkan kehendak Allah itu.
593
14
0

ALAM SEDANG MARAH - Ini Sebabnya!

07.06.2025
Setiap saat, kita berjalan di atas bumi yang mungkin boleh retak bila-bila masa. Kita bernafas dengan udara yang boleh bertukar dalam sekelip mata. Kita belayar di atas lautan yang menunggu mangsa untuk ditenggelamkan. Namun mengapa semua itu tidak berlaku, dan kita masih mampu hidup di bumi Allah ini dengan aman? Jawapannya hanya satu; kerana Allah SWT masih menahan murka-Nya. Manusia adalah makhluk Allah SWT yang sentiasa alpa dan leka dalam keselesaan. Sedangkan alam ini - baik lautan, bumi dan angin - tidak pernah redha dengan segala maksiat yang dilakukan oleh manusia di dalamnya. Hanya rahmat Allah SWT kepada makhluknya yang beriman dan bertaqwa, yang mampu menghalang alam ini dari menghancurkan seluruh umat manusia. Menurut riwayat yang disebut oleh para ulama seperti Syekh Ali Jaber Rahimahullah, laut memohon izin kepada Allah sebanyak tiga kali sehari untuk menenggelamkan manusia. Mengapakah begitu? Ia kerana lautan teramat ‘sakit hati’ melihat maksiat yang dilakukan oleh manusia di atasnya.
344
12
0

EMPAYAR FATAMORGANA

04.06.2025
Selamat datang ke abad ke-21 di mana yang haram itu percuma, tetapi kebenaran disensor. Di mana yang halal itu terlampau mahal, namun korupsi itu terlalu murah. Di mana penghantar makanan tiba lebih pantas dari ambulans, dan hilangnya telefon lebih sakit dari hilangnya maruah. Di mana pakaian menentukan nilai seseorang, dan “Filter” menentukan kecantikan. Di mana kesetiaan hanya tinggal sejarah, dan pengkhianatan dijadikan norma. Di mana kehormatan dipersenda, tetapi keaiban disarung kesombongan. Di mana wang itu menjadi Tuhan baharu, dan ketamakan menjadi ibadah utama. Di mana Iman diejek, dan maksiat menjadi hiburan.
111
6
1

ERA PASCA-KEBENARAN | Bagaimana Negara Hancur Sekelip Mata

21.05.2025
alam satu pilihan raya kecil di Malaysia, seorang ahli politik dituduh terlibat dalam skandal berjumlah jutaan ringgit. Bukti forensik, dokumen audit, dan rakaman audio telah dikemukakan. Tapi peliknya — sokongan terhadap beliau tidak surut… malah semakin kuat. Keluarlah suara penyokong yang menyatakan; “Ini semua agenda musuh.” “Itu bukan suara dia.” “Kami tak kisah dia korup, asalkan bukan parti lawan yang menang.” Inilah realiti dunia kita hari ini - Dunia Pasca Kebenaran. __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
138
5
2

DOKTRIN ISLAM | Hanya Simbolik

18.05.2025
Umat Islam. Dahulu dihormati, kini ditolak ke tepi. Dahulu disegani, kini tidak lagi ditakuti. Kekuatan ummah dalam jumlah tidak diterjemahkan menjadi satu tujuan yang bermakna. Mengapakah umat Islam begitu lemah, dan apakah yang akan terjadi di masa hadapan? Umat Islam hari ini terpecah-belah dalam pelbagai aspek; perbezaan manhaj, politik, nasionalisme dan bangsa. Sementara itu, krisis moral seperti rasuah, zina, dan kehilangan al-haya’ atau sifat malu, membelenggu ummah – digandakan pula oleh kehadiran media sosial. Umat Islam bergantung kepada dunia Barat dalam pemikiran, ekonomi, dan budaya, satu kesan sampingan era kolonial. Ramai umat Islam hari ini bekerja bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana wang, pangkat, atau populariti semata-mata. Lihatlah bagaimana pemimpin hari ini sanggup mencerca lawannya demi perebutan kuasa, dicanang ke hulu ke hilir kelemahan seteru politiknya agar dirinya dilihat sebagai pilihan lebih baik. Adakah ini ajaran Nabi SAW atau ajaran Machiavelli? Adakah jawatan dalam parti politik lebih penting daripada ukhuwah sesama muslim? Manakala umat Islam yang hidup sebagai orang awam pula asyik menyibukkan diri dengan hal-ehwal media sosial, hingga muncul pihak yang bergaduh sehingga bercerai-berai sambil rakaman ‘live’. Hal-hal aib dibuka kepada umum tanpa rasa malu. Budaya influencer mempromosi gaya hidup hedonistik tanpa kawalan, mengagungkan kekayaan material - kereta mewah dan rumah besar - dan populariti palsu. __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
388
20
5

KEHANCURAN UMMAH | Halatuju Dunia Islam Hari Ini - HD

15.05.2025
Dalam tradisi keilmuan Islam, sikap terhadap penguasa diatur dengan prinsip. Islam tidak melarang kritikan, namun ia mestilah di atas dasar intelektual dan beradab, bukan dengan mengutuk atau mencaci seperti kanak-kanak. Ummah dilarang memberontak selagi penguasa masih Muslim dan menegakkan solatnya. Kritikan ke atas pemimpin mestilah di atas perkara yang benar. Ketika Imam Ahmad bin Hanbal RH menentang doktrin Mu'tazilah semasa Khalifah Al-Ma'mun, beliau menggunakan hujjah-hujjah yang kuat, dan tidak menghasut kepada pemberontakkan meskipun Imam Ahmad telah diseksa. Melebih-lebih dalam kritikan kepada penguasa, beserta motif peribadi tersembunyi hanya akan memecah-belah Ummah, seperti puak Khawarij yang mengkafirkan penguasa kerana cita-cita politik mereka. Kritikan melampau juga akan membuka ruang bagi musuh-musuh eksternal mengambil kesempatan, seperti yang terjadi kepada Kesultanan Aceh yang diprovokasi oleh kolonial Belanda. Agama Islam telah melarang pemberontakan selagi mana penguasa masih menegakkan solatnya. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud; “Barangsiapa melihat sesuatu yang tidak disukai dari penguasanya, hendaknya bersabar. Sebab, siapa yang memisahkan diri dari jamaah (pemerintah) lalu mati, ia mati seperti kematian jahiliyah.” (HR. Bukhari-Muslim) __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
906
25
5

PAKISTAN vs INDIA | Ancaman Di Sebalik Perang

14.05.2025
India dan Pakistan telah mencapai perjanjian gencatan senjata berikutan tempoh permusuhan yang singkat sejak beberapa hari lalu. Kedua-dua negara berjiran itu telah menyerang sasaran tentera masing-masing. India melancarkan “Operasi Sindoor”, manakala Pakistan melancarkan “Operasi Bunyan Marsus”. Kedua-dua pihak mendakwa telah memintas kebanyakan serangan, tetapi juga mengakui bahawa beberapa serangan terkena sasaran. Namun telah muncul ancaman yang lebih besar dari pertempuran ini, yang mungkin akan menggugat seluruh ummah. __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
344
11
5

TIJARAH | Rahsia Bisnes Tanpa Rugi

11.05.2025
Bolehkah kita berniaga dengan Allah SWT? Sebenarnya ramai manusia berniaga dengan Allah, tetapi jenis perniagaannya yang salah. Kebanyakan orang inginkan agama untuk memperbaiki dunia mereka. Ramai yang solat dan mendekatkan diri dengan Allah demi Barakat. Sedangkan Barakat itu bonus tetapi tidak sepatutnya menjadi matlamat utama. Tijarah atau jual-beli yang benar, Tijarah yang betul dengan Allah terdapat di dalam Al-Quran. Kini manusia mahukan agama untuk memperbaiki kehidupan dunia, demi kekayaan dan kesenangan, manakala sahabat mengorbankan dunia untuk mencapai Deen mereka. Ia adalah satu perbezaan yang besar. Allah SWT berfirman tentang jenis Tijarah yang betul; “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adnin". Itulah kemenangan yang besar.” - (Surah As-Saff, Ayat 10-12) __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
266
6
0

DEEN VS DUNIA | Mengimbangi Agama dan Dunia

09.05.2025
Bagaimana caranya seorang Muslim dapat mengubah setiap pergerakan, setiap nafas, dan setiap fikiran menjadi ibadah? Adakah ia mampu dilakukan? Jika difahami dengan teliti, sebenarnya tiada keseimbangan antara Ad-Deen atau agama dengan dunia. Yang ada hanya Ad-Deen dalam realiti ini. Kerana secara asasnya, jika seseorang ingin mengimbangi antara dua perkara, maka perkara itu wajib terpisah. Seperti contoh dua barangan di atas penimbang, dibahagi kepada dua. Justeru mustahil untuk memisahkan Deen dan Dunya kerana agama Islam ini cara hidup. Jadi ia disepadukan ke dalam setiap aspek dunia. Dunya adalah fungsi kepada deen. Maka apabila kita memahami anjakan paradigma ini, setiap perkara yang kita lakukan, jika ia diselitkan dengan niat kerana Allah SWT, ia menjadi satu ibadah. Dunia ini adalah rumah kepada Hak. Allah SWT mempunyai hak ke atas setiap manusia di dunia. Tetapi Nafsu kita juga mempunyai hak ke atas diri kita, iaitu supaya kita menyelamatkannya dari Jahannam. Itulah hak nafsu ke atas diri seseorang. Isteri-isteri dan anak-anak mempunyai hak ke atas diri kita, supaya menjaga dan melayan mereka dengan adil dan baik. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isteri-isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.” - Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053 __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
189
7
1

Orang Pertama Ke JAHANNAM

07.05.2025
Siapakah orang-orang pertama pada hari pembalasan yang akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam? Mungkin ramai orang akan fikir bahawa orang pertama adalah Firaun, atau orang-orang kafir yang berlaku zalim di atas muka bumi. Tetapi sebenarnya manusia pertama yang dicampakkan ke dalam Jahannam adalah dari kaum muslim, iaitu para muslimin yang Munafiq. Siapakah mereka ini? Mereka adalah para Syahid, para ulama’ dan golongan yang banyak bersedekah, namun tidak mempunyai keikhlasan. Mereka ini seperti ada udang di sebalik batu. Maka Allah SWT akan memanggil mereka dan Dia akan bertanya; “Mengapa kamu berjuang di jalan-Ku?” Mereka akan menjawab, “Kami berkorban kerana-Mu ya Allah.” Namun Allah SWT berkata, “Kamu berjuang, berkorban hanya kerana ingin dilihat sebagai seorang yang berani. Kamu mahu dikenali sebagai orang-orang yang berilmu dan terpelajar. Kamu ingin dikenali sebagai ‘Kareem’ dan pemurah. Dan kamu telah dapat pujian-pujian itu di dunia, maka masuklah ke Jahannam.” Jika kita tidak meneliti setiap tindakan atau amalan kita dengan lensa keikhlasan, nescaya ditakuti kita akan digolongkan dengan mereka yang Allah SWT menyebutkan dalam Surah Al-Kahf ayat 104; “(Iaitu) Orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". - (Surah Al-Kahf, ayat 104) __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
327
9
0

KES ROGOL - Semakin Membimbangkan Di Kelantan

11.04.2025
Pendedahan Ketua Polis Kelantan menunjukkan tren membimbangkan kerana data maksiat sudah beberapa tahun sedang mencanak naik. Namun, yang menjadi kejutan ialah apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 telah membuntingkan sepupunya yang berusia 15 tahun. Maknanya, sejak akil baligh sudah mulai kelakuan dalam kalangan kanak-kanak di Kelantan. Sedangkan pada masa lalu, umur 11 tahun masih belum ada keinginan untuk melakukan hubungan intim biarpun bebas bergaul dengan remaja perempuan sekampung. Tetapi kini semuanya sudah berubah. Kanak-kanak tidak segan silu mengakui sudah ada teman perempuan dan tidak juga takut melakukan zina. Menurut laporan polis, 98 peratus sumbang mahram berlaku atas dasar “suka sama suka”. Bermakna istilah rogol semakin kabur pengertian dan ketakutannya. Pola seks remaja sudah berubah, namun yang memedihkan ialah bagaimana ibu bapa hendak mendepaninya. Bagaimana masyarakat boleh menerimanya, remaja hamil sebelum bernikah? __________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) __________________________________________________________________________
357
8
6

FATWA JIHAD | Kewajiban Membela Palestin

09.04.2025
Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata oleh puak Zionis. Fatwa itu menggariskan kewajipan berjihad dengan senjata terhadap penjajahan di Palestin ke atas setiap Muslim, yang berkemampuan di dunia Islam. Ia juga meletakkan kewajipan campur tangan ketenteraan dengan segera ke atas negara-negara Arab dan Islam. Namun adakah fatwa ini akan disahut oleh dunia Islam? ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
4569
198
70

KES ABANG BELON | Hilangnya Sifat Perikemanusiaan

07.04.2025
Insiden penjaja belon di Jalan Tar tempoh hari telah membawa kepada 3 anggota DBKL yang terlibat direhatkan sementara. Keputusan ini memberi laluan untuk siasatan dalaman DBKL dan juga pihak PDRM. Namun isu yang lebih besar dan harus diteliti oleh umat Islam seluruh dunia, adalah ke mana hilangnya perikemanusiaan di dalam jiwa seorang muslim? Sebenarnya kes kekasaran melampau ke atas penjaja belon merupakan hanya satu kes di mana umat Islam bertindak ganas sesama muslim. Setiap kali alasan sama yang diberi iaitu wujud penyebab kepada kemarahan dan keganasan yang melampau ini. Setiap muslim sepatutnya tahu bahawa doa orang yang teraniaya tiada hijabnya. Justeru berwaspadalah dengan doa mereka yang tidak memiliki apa pun selain Allah SWT. Di dalam Islam, orang yang tidak mampu mengawal kemarahan dianggap sangat lemah dan tidak mencerminkan seseorang khalifah. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud; “Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah. - Riwayat al-Bukhārī (6114)
865
12
3

KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS - Memahami Musibah Yang Menimpa

03.04.2025
Tragedi kebakaran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor bukanlah sekadar malapetaka. Seramai 305 mangsa dan 237 rumah terjejas dalam kebakaran tersebut. Lebih memilukan lagi, ia berlaku semasa umat Islam masih sedang menyambut Aidilfitri. Apakah reaksi yang dituntut oleh Islam, dan bagaimana untuk memahami musibah ini? Peristiwa seperti ini menyimpan hikmah besar yang dapat direnungkan oleh manusia, khususnya dalam perspektif Islam. Dalam Al-Qur’an, berbagai ayat mengingatkan umat manusia tentang pentingnya memahami tanda-tanda kekuasaan Allah melalui kejadian alam, termasuk bencana kebakaran. Setiap bencana yang berlaku adalah tanda-tanda kekuasaan Allah swt kepada hambanya sepertimana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Dan sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” Ayat ini memberi ingatan kepada kita bahawa bencana, termasuk kebakaran paip yang berlaku adalah ujian bagi manusia. Ujian ini bertujuan untuk menguatkan keimanan dan mengingatkan manusia agar selalu berserah diri kepada Allah. Bencana seperti kebakaran ini sepatutnya menjadikan kita lebih bermuhasabah diri bahawa setiap apa yang dimiliki oleh kita boleh hilang dalam sekelip mata dan termasuk menyedari keterbatasan manusia dalam menghadapi kekuatan alam.
6460
78
16

NEPOTISME & KRONISME - Di Zaman Rasulullah

20.03.2025
Di dalam sebuah hantaran di laman media sosial, seorang pempengaruh perniagaan, Puan Ainon Mohammad, telah menuduh Nabi Muhammad SAW mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam pemerintahan Baginda di Madinah. Mengapa timbulnya tuduhan seperti ini, dan bagaimana untuk memperbetulkannya? “Dalam demokrasi Barat, mereka tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme. Sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi amalkan nepotisme dan kronisme. Abu Bakar adalah mertua. Umar adalah mertua. Uthman adalah menantu. Ali adalah menantu dan sepupu. Dalam zaman ini, patutkah nepotisme dan kronisme diamalkan juga.” Begitulah hantaran menuduh yang menjadi tular di media sosial, hingga mendapat teguran serta tindakan susulan oleh pihak JAKIM serta Sohibus Samahah Mufti Pahang. Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata mengaitkan suatu amalan buruk atau negatif ini dengan Baginda adalah perbuatan yang keji, tidak beradab dan termasuk dalam golongan yang dilaknat oleh Allah SWT kerana menyakiti Nabi Muhammad SAW.
259
9
0

RM170 JUTA Membeli Syurga

12.03.2025
SPRM telah merampas kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta 16kg jongkong emas, dari sebuah premis yang dikaitkan dengan bekas pembantu Dato Seri Ismail Sabri, mantan perdana menteri Malaysia ke-9. Adakah ini masalah terpencil, atau menjadi petunjuk kepada sesuatu yang lebih besar? Al-Quran menceritakan tentang pemimpin yang zalim dan mengejar harta kekayaan, memanfaatkan posisi kekuasaannya untuk mengumpul harta dan hidup dalam kemewahan, sehingga pada penghujungnya, akan menimpakan kehancuran kepada diri sendiri serta rakyat yang memilihnya. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali RH menyebut dalam kitabnya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk betapa pentingnya seorang pemerintah berlaku adil kepada rakyatnya, kerana kerajaan dan pemerintahan itu adalah anugerah daripada Allah SWT, dan Allah berhak untuk beri dan tarik semula daripada sesiapa yang dikehendaki seperti mana firman Allah SWT, mafhumnya: “Dia (Allah) berikan kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia menarik kerajaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki; Dia muliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia hinakan sesiapa yang Dia kehendaki, segala kebaikan itu miliknya, dan sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu” (Al-Imran:26). ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
847
14
4

Rakyat JAHAT, Pemimpin JAHAT

08.03.2025
“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.” - [Surah Hud, ayat 120] Ayat 120 dalam Surah Hud membawa pengajaran penting, yang harus diperhati oleh setiap muslim. Berita atau khabar besar dalam Al-Qur’an bukanlah untuk dibaca sahaja, sebaliknya perlu ada tindakan aktif oleh pembacanya – sama ada seseorang itu wajib berhenti melakukan dosa dan larangan Allah, atau perlu melaksanakan perintah Allah SWT sebaik mungkin. Kisah Nubuwwah yang terkandung di dalam Surah Hud juga sentiasa relevan dengan keadaan masyarakat semasa. Apa yang terjadi zaman dahulu, masih lagi terjadi pada zaman sekarang. Orang Islam tidak boleh melihat kisah kerajaan Nabi Suleiman AS yang hebat, sebagai hanya kisah sejarah sahaja, tetapi wajib ambil pengajaran daripada kisah baginda. ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
704
29
1

FAAHISYAH Semakin Tersebar

03.03.2025
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - (Surah Al-Isra’, ayat 32) Di dalam surah Al-Isra’ ayat 32, Allah SWT telah menegaskan tentang kejinya perbuatan zina serta Faahisyah, iaitu secara am bermaksud zina, perbuatan lucah dan seangkatannya. Zaman ini, setelah tamadun barat membawa kedatangan revolusi seksual pada era 70an, hubungan seksual, intimasi, budaya songsang, dan pergaulan bebas sudah menjadi sesuatu yang normal untuk masyarakat dunia. Malah, masyarakat Islam juga tidak terselamat darinya, kerana dengan kedatangan internet serta teknologi perhubungan, umat Islam terdedah dan terikut-ikut budaya yang mengangkat Faahisyah ini. ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
1456
31
4

NARATIF SONGSANG | Perang Alaf Baharu

09.02.2025
Zaman ini, naratif memainkan peranan besar dalam usaha untuk menawan hati dan sokongan awam. Dalam usaha ini, pelbagai alat teknologi telah muncul, dan digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain naratif. Bagaimana cara untuk umat Islam menguasai permainan naratif ini? ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
314
32
2

GARIS PANDUAN JAKIM | Serangan Ke Atas Institusi Agama

08.02.2025
Berita melaporkan bahawa bekas ADUN dan pemimpin DAP, Ronnie Liu, mendesak supaya Menteri Agama Dato Dr Na’im Mokhtar diturunkan. Desakan ini juga didukung oleh seorang pensyarah UIA, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin, yang menyatakan bahawa Menteri Agama telah gagal. ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
7198
73
43

DONALD TRUMP | Rancangan Gaza

06.02.2025
Di dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Presiden Donald Trump berkata beliau mahu Amerika Syarikat mengambil alih Semenanjung Gaza, setelah menghalau rakyat Palestin ke negara-negara jiran. Tambah beliau, wilayah Gaza akan dibangunkan oleh Amerika, supaya “rakyat sedunia” dapat tinggal di sana. ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
320
7
0

LOS ANGELES | Punca Sebenar Ia Terbakar

15.01.2025
Kebakaran hutan tidak terkawal telah memusnahkan sebahagian bandar Los Angeles dan daerah sekitarnya, memusnahkan kawasan perumahan dan perniagaan, serta tempat-tempat awam. Jumlah kematian kini seramai 24 orang dan dijangka meningkat, dengan hampir 180,000 orang diarah berpindah. Sheriff Robert Luna menyatakan bahawa kawasan yang terjejas “kelihatan seperti bom dijatuhkan ke atasnya.” ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
1387
25
6

Montaj Visit Malaysia 2026 | Menjaga Sensitiviti Umat Islam

11.01.2025
Ketiadaan masjid sebagai elemen pelancongan dalam montaj video pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026, telah menimbulkan banyak kritikan dan kecaman dari pelbagai pihak. Menteri MOTAC, Tiong King Sing, menyatakan ia kerana video montaj itu dibuat pendek dan ringkas bagi tujuan majlis pelancaran.Alasan ini tidak boleh diterima dan menunjukkan sikap kurang sensitif terhadap agama dan identiti kebangsaan.Pelu diingat Islam adalah agama rasmi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Sepatutnya Meeka harus bertanggungjawab memastikan semua inisiatif kementerian menghormati dan memartabatkan sentimen Melayu-Islam, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti rakyat Malaysia. ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
1392
27
18

2025 | Tahun Kebangkitan Islam

08.01.2025
Keganasan Israel di Falastin dan Lubnan, serangan Arab Saudi ke atas Yemen, serta tumbangnya rejim Baath di Syria, menyalakan perbincangan hangat tentang kedatangan al-Masih al-Dajjal dan akhir zaman. Semua bukti menunjukkan bahawa Malhamah al-Kubra semakin mendekat. Maka bagaimanakah umat Islam mampu bangkit menuju al-Falah? ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
839
36
1

MADANI JAHILIAH

04.01.2025
Di dalam sebuah artikel, Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang telah menggelarkan Tamadun Barat itu sebagai “Madani Jahiliah”, atau Tamadun Kebejatan. Kenyataan ini mengundang respons dari pelbagai pihak, khususnya dari pihak JPM Hal Ehwal Agama. Adakah presiden PAS mendakwa kerajaan hari ini mengamalkan sekularisme seperti negara Barat lain, dan konsep MADANI hari ini, hanya retorik semata-mata? ___________________________________________________________________________ Background Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Free Download / Stream: https://www.audiolibrary.com.co/sco... Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
1491
25
26

HUKUMAN SEBAT Dan Bantahan Sisters In Islam

17.12.2024
Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu mengekalkan hukuman 6 sebatan di khalayak awam, terhadap seorang pesalah khalwat berulang, selepas pelaksanaannya digantung sementara. Namun NGO Sisters In Islam (SIS), menyifatkan hukuman sebat di depan orang ramai yang dijadualkan ke atas pesalah khalwat itu sebagai satu tindakan kejam. Adakah dakwaan mereka ini benar, dan patutkah pesalah disebat? ___________________________________________________________________________ Music: Signal To Noise by Scott Buckley – released under CC-BY 4.0. www.scottbuckley.com.au ___________________________________________________________________________
1095
25
14

SYRIA | Kunci Akhir Zaman

15.12.2024
Pada 8 Disember, agensi berita Rusia telah melaporkan bahawa Bashar al-Assad, mantan Presiden Syria, dan keluarganya telah tiba di Rusia, dan diberikan suaka menurut sumber Kremlin. Ia susulan kejatuhan ibu kota Syria, Damsyik, ke tangan tentera pembangkang. Apakah makna perkembangan terbaharu ini di sisi ummah, dan apakah kesudahannya? ___________________________________________________________________________ Background Music: Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Free Download / Stream: https://www.audiolibrary.com.co/sco... Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No Copyright Music) ___________________________________________________________________________
110683
1541
164

RUU MUFTI | Bantahan Demi Bantahan

11.12.2024
Pada Selasa 3hb Disember 2024, 2 Rang Undang-Undang berkaitan pentadbiran agama Islam telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Namun perkembangan RUU Mufti Wilayah, yang akan dibaca pada 19hb Disember nanti, masih mengundang bantahan. Terkini, dari kumpulan penggiat seni dan budaya pula, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada parlimen bagi menyuarakan kebimbangan mereka. Mengapakah masih ada yang gagal faham tentang RUU Mufti ini, atau adakah kekeliruan mereka kerana sesuatu yang lebih mendalam? Music: –––––––––––––––––––––––––––––– Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Free Download / Stream: https://www.audiolibrary.com.co/sco... Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No C... ––––––––––––––––––––––––––––––
1981
29
19

MENGHINA NABI | Ke Mana Halatuju Sebenarnya?

28.11.2024
Ketika berlangsungnya acara Konvensyen Sunnah ke-12 anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia, seorang pensyarah didakwa telah menghina Nabi SAW, semasa persembahannya. Timbul persoalan besar di sini; bagaimana masyarakat Islam khususnya di Malaysia, berani mempersenda atau ‘trolling’ hingga ke tahap sebegini? Apakah punca perbalahan yang bertukar ke tahap penghinaan? Music: Signal To Noise by Scott Buckley / scottbuckley Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0 Free Download / Stream: https://www.audiolibrary.com.co/sco... Music promoted by Audio Library • Signal To Noise – Scott Buckley (No C...
5560
86
36

Islam TERANCAM - Realiti Atau Naratif

23.11.2024
Islam semakin terancam. Islam semakin tergugat. Islam semakin sempit. Seringkali kenyataan seperti ini dilontarkan kepada media, sama ada daripada ‘Minda’ ahli politik, ahli merungut profesional, atau tokoh agamawan yang mempunyai motif peribadi. Kemudian kenyataan-kenyataan ini digandakan suaranya oleh tangan-tangan aktif di media sosial. Adakah benar Islam semakin terancam, atau ia hanya sebuah permainan sentimen, demi meraih sokongan?
916
19
3

PSEUDO-SALAFIYYAH | Gerakan Abad ke-20

20.11.2024
Sejarah keilmuan Islam telah membawa perbincangan tentang konsep Salaf dan Khalaf. Namun pada awal abad ke-20, konsep ini telah melahirkan gerakan Salafiyyah dari kawasan Najdi, yang mendakwa mereka hanya berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Al-Quran, As-Sunnah dan golongan Salaf. Adakah dakwaan Pseudo-Salafiyyah ini benar, atau hanya retorik yang dibina atas kekeliruan?
653
25
4

GERAKAN ANTI-MAZHAB | Elemen Perpecahan Ummah

16.11.2024
Pergolakan sosial dunia Islam pada abad yang lalu, telah melahirkan kelompok-kelompok yang lantang menyeru supaya umat Islam melepaskan diri mereka daripada bermazhab. Kelompokini beralasan bahawa bertaklid kepada mazhab menyebabkan seseorang itu menjadi mundur, mati semangat, jumud, tidak berkemajuan, dan sebagainya. Adakah tuduhan mereka ini benar? Dan apakah hasil gerakan anti-mazhab pada zaman ini?
1383
37
16

Sokongan Kepada RUU MUFTI WILAYAH

12.11.2024
Ketika ditanya tentang polemik RUU Mufti Wilayah, Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa wujud pihak yang gagal membezakan antara pandangan ekstremis dan fahaman Islam yang bersifat lebih moderat. Menurut beliau, setiap kali sesuatu isu timbul berhubung dengan Islam, maka akan muncul kembali gejala islamofobia. Justeru perlu diterangkan tentang asas RUU Mufti Wilayah Persekutuan, bagi menjawab salah faham dan keraguan yang muncul.
1108
21
13

RUU MUFTI | Respons Kepada Desakan

01.11.2024
Di dalam sebuah laporan Malaysiakini, seorang bekas Exco Armada parti politik BERSATU, meminta agar Menteri Hal Ehwal Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, digantikan dengan tokoh lain. Desakan ini atas bantahan beliau terhadap RUU Mufti Wilayah yang sedang dibacakan di parlimen. Malah menurut pengkritik itu, wujud ‘agenda’ di pihak yang memperjuangkan RUU tersebut. Sejauh manakah kebenaran tuduhan ini, dan adakah desakan beliau membawa suara majoriti rakyat?
2708
43
67

Permohonan Maaf Kepada Mufti Perlis

24.10.2024
Pada 16 Oktober 2024, Astro Awani melaporkan bahawa Mufti Perlis mengkritik keras Menteri Agama kerana mensyaratkan akidah Asya'irah dan Maturidiyyah sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah. Pada pendapatnya, RUU Mufti Wilayah akan menjadikan keislaman seseorang di Wilayah Persekutuan tidak mencukupi sehingga dia beraqidah Asyai’rah, Maturidiyyah, serta bertasawuf mengikut Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Malah beliau juga mengatakan RUU ini akan mencetuskan sesat-menyesatkan, kafir-mengkafirkan antara umat Islam dalam negara.
3280
47
56

RUU MUFTI WILAYAH | Menolak Agenda Pencetus Polemik

20.10.2024
Ketika bacaan Rang Undang-Undang Mufti Wilayah Persekutuan kali pertama sekitar bulan Julai yang lalu, telah keluar suara-suara yang membantah akan kelulusannya, atas pelbagai alasan. Kini, dengan bacaan kali kedua dan ketiga yang sedang berlangsung di parlimen, sekali lagi muncul beberapa bantahan terhadap RUU Mufti Wilayah ini.
3356
75
95

IRAN vs ISRAEL | Kejutkan Umat Islam Dari Lena

04.10.2024
1 Oktober 2024. Iran melancarkan satu serangan langsung terhadap Israel, yang sebelum ini tidak pernah berlaku. Tentera Revolusi Republik Iran (IRGC) melepaskan peluru berpandu bertubi-tubi ke arah negara haram itu, dalam situasi ketegangan yang memuncak di Timur Tengah. IRGC menyatakan bahawa serangan itu adalah tindak balas terhadap keganasan Israel ke atas penduduk Gaza dan Lubnan, serta pembunuhan pemimpin tertinggi IRGC, Ismail Haniyeh dari Hamas dan Hassan Nasrallah dari Hizbullah. Namun menurut media barat, kerjasama Israel dan Amerika Syarikat telah berjaya menumpaskan sebahagian besar daripada hampir 200 peluru yang dilepaskan oleh Iran. Adakah serangan ini akhirnya akan mengejut umat Islam dari lena?
15318
276
53

MENGAPA UMAR R.A. MENANGIS?

30.09.2024
Saidina Umar Ibn Khattab R.A. Sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan sifatnya yang gagah dan adil, sehingga disegani lawan mahupun kawan. Beliau juga diberi gelaran al-Faruq oleh Nabi SAW, yang bermaksud Allah SWT telah membezakan antara perkara yang benar dan perkara yang batil untuknya. Oleh itu, ketika Umar menangis, tentu ia menjadi peristiwa yang menginsafkan.
386
18
0

KES GISBH | Runtuhnya Empayar Perhambaan

29.09.2024
GISBH | Runtuhnya Empayar Perhambaan 🔥 Untuk bahan bacaan yang lebih menarik, layari website kami di www.dhomir.com Dengan penahanan ‘money man’, atau pengendali aliran tunai GISB Holdings, maka akan terjawab persoalan sama ada syarikat kontroversi ini benar-benar peneraju ekonomi Islam, atau sebaliknya. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin mengesahkan penahanan Shuhaimee Mohamed, yang dipercayai akan membantu pengesanan semua transaksi kewangan GISBH. Namun kini, setelah hampir sebulan Op Global dijalankan, muncul pula pelbagai naratif yang mengelirukan. Fokus kepada isu jenayah dan penyelewengan aqidah, sudah bermutasi menjadi isu perbalahan, politik, dan mencari kesalahan. Apakah agenda di belakang naratif yang muncul, dan bagaimana cara untuk umat Islam mengemudinya? Disclaimer: Semua klip yang digunakan adalah untuk "fair use", kritikan dan tujuan pendidikan. Dhomir TV tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau peninggalan dalam kandungan, atau untuk sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung akibat daripada mana-mana kandungan dan komen yang disampaikan dalam video ini, sama ada melalui Dhomir TV atau pihak ketiga dalam apa jua keadaan. "Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio"
27682
443
109

Menolak Kritikan Terhadap JAKIM

25.09.2024
Op Global menyaksikan penahanan reman ke atas Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings... 🔥 Untuk bahan bacaan yang lebih menarik, layari website kami di www.dhomir.com Op Global yang menyaksikan penahanan reman Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings, menjadi tajuk utama media dalam dan luar negara. Namun dalam kesungguhan penguatkuasa menjalankan tugas, terdengar suara-suara lantang menyatakan bahawa perlu ada rombakan, atau reform, dalam organisasi JAKIM. Kritikan itu terbawa-bawa hingga dikaitkan dengan TV Alhijrah dan IKIM FM. Justeru adakah kritikan seperti ini wajar, atau hanya permainan persepsi? Disclaimer: Semua klip yang digunakan adalah untuk "fair use", kritikan dan tujuan pendidikan. Dhomir TV tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau peninggalan dalam kandungan, atau untuk sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung akibat daripada mana-mana kandungan dan komen yang disampaikan dalam video ini, sama ada melalui Dhomir TV atau pihak ketiga dalam apa jua keadaan. "Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio"
1654
34
26

KES GISBH | Indoktrinasi Ketaasuban

22.09.2024
Dalam perkembangan terbaru, Polis Kelantan membuat serbuan di perumahan yang menjadi 🔥 Untuk bahan bacaan yang lebih menarik, layari website kami di www.dhomir.com Dalam perkembangan terbaru, Polis Kelantan membuat serbuan di perumahan yang menjadi penempatan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji. Pemeriksaan dalam kawasan rumah dan sekitarnya telah menjumpai pelbagai jenis buku berkaitan ajaran dan doktrin fahaman Al-Arqam, yang masih diperjuangkan oleh GISBH. Mengikut hasil siasatan PDRM sebelum ini, telah berlakunya proses indoktrinasi ke atas anak-anak yang berjaya diselamatkan. Maka ajaran apakah yang didoktrinkan kepada kanak-kanak tidak bersalah ini, dan apakah matlamat akhir yang sedang dirancang? Disclaimer: Semua klip yang digunakan adalah untuk "fair use", kritikan dan tujuan pendidikan. Dhomir TV tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau peninggalan dalam kandungan, atau untuk sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung akibat daripada mana-mana kandungan dan komen yang disampaikan dalam video ini, sama ada melalui Dhomir TV atau pihak ketiga dalam apa jua keadaan.
45763
504
92

KES GISBH | Antara Jenayah Dan Aqidah

18.09.2024
KES GISB HOLDINGS | Antara Jenayah Dan Aqidah 🔥 Untuk bahan bacaan yang lebih menarik, layari website kami di www.dhomir.com Jam 6.30 pagi, 11 September 2024. Di dalam kegelapan subuh, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah telah menyerbu 20 premis rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, dalam sebuah operasi yang dinamakan Op Global. Operasi ini dijalankan atas laporan berlakunya jenayah eksploitasi kanak-kanak, dan melibatkan seramai 705 pegawai PDRM dan 287 pegawai dari JKM, KKM dan Jabatan Kimia Malaysia. Seramai 392 mangsa kanak-kanak berjaya diselamatkan, manakala 159 suspek telah ditahan. Justeru berlegar soalan di minda awam - bagaimana perkara ini boleh berlaku, dan siapakah yang bertanggungjawab? Disclaimer: Semua klip yang digunakan adalah untuk "fair use", kritikan dan tujuan pendidikan. Dhomir TV tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang kesilapan atau peninggalan dalam kandungan, atau untuk sebarang kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung akibat daripada mana-mana kandungan dan komen yang disampaikan dalam video ini, sama ada melalui Dhomir TV atau pihak ketiga dalam apa jua keadaan. "Music: Black Rainbows by Karl Casey @ White Bat Audio"
137638
1197
352

Titah DYMM Sultan Nazrin | Islam Tercemar oleh Orang Islam

29.08.2024
“Islam tidak wujud dalam vakum, Islam bukan sekadar percakapan dan retorik, slogan yang dilaungkan atau sepanduk yang dipaparkan. Islam bukan bahan untuk didagangkan secara berjanji – secara memberi harapan, dijajakan atau dijadikan alat menghalalkan cara bagi mencapai tujuan duniawi. Islam wajib dibuktikan melalui kehidupan yang nyata, melalui dukungan para penganutnya. Islam tidak akan dapat membuktikan relevansinya sehingga masyarakat Islam berjaya menjelmakannya dalam budaya hidup harian.” Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, ketika berlangsung mesyuarat MKI ke-72, telah memberi perhatian kepada beberapa titik perbincangan yang sangat menarik dan harus diteliti oleh umat Islam dalam negara.
229
9
1

Kecenderungan Politik Orang Malaysia

27.08.2024
Perhimpunan Agung Umno 2024 baharu saja menutup tirai, satu parti politik yang telah mencorakkan lanskap politik Malaysia sejak kemerdekaan negara ini lagi. Walaupun sering dipandang rendah oleh pihak lawan, tiada siapa boleh menafikan bahawa Umno berjaya untuk kekal relevan di dalam arena politik era moden ini. Dalam Islam, politik atau ‘Siyasah’ adalah perjuangan atau profesion yang mulia, demi menguruskan maslahah ummah. Syeikhul-Islam yang terakhir bagi khalifah Uthmaniyyah, Syeikh Mustafa Sabri, menganggap wajib dan perlu bagi umat Islam memahami politik dan menempatkan diri di persadanya jika berkelayakan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Ini kerana ia termasuk dalam urusan menegakkan syariat dan Daulah Islamiyyah sebagaimana Baginda SAW mengasaskan Madinah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud; “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang (bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.” - Riwayat Ahmad (2/177) dan Abu Daud (2608, 2609) Namun politik dalam konotasi hari ini membawa dengannya perasaan benci, meluat serta sikap acuh tak acuh dari perspektif masyarakat awam. Matlamat berpolitik hari ini telah berubah dari usaha membina negara maslahah, kepada sebuah entiti yang toksik dan dipenuhi negativiti. Justeru apakah yang dimaksudkan sebagai politik toksik orang Malaysia?
381
5
0

Di mana Allah ketika ummah dalam derita dan dizalimi? | Bhg. 2

20.08.2024
Seperti yang diketahui umum, tahun kelahiran Nabi SAW adalah bersamaan dengan peristiwa raja Abrahah dari Yaman, yang ingin mengalihkan perhatian dunia kepada sebuah rumah pemujaan yang dibinanya untuk selain Allah SWT. Lalu Abrahah menyerang Mekkah dengan niat untuk menghancurkan Kaabah. Ketika dia memasuki Mekah dengan tentera bergajahnya, dan dengan segala kekuatan ketenteraan dan strategi yang dia punyai, Abdul Muttalib iaitu datok kepada Rasulullah SAW telah berkata; Lil Bayti Rabbun Yahmeen, bahawa rumah ini mempunyai Tuhan yang akan melindunginya. Justeru Allah SWT menurunkan burung-burung yang merejam batu-batu kecil ke arah tentera Abrahah. Allah SWT menghantar kepada mereka tentera dari langit untuk memelihara rumahnya. Kemudian Abdullah ibn Zubayr RA, yang berjumpa dengan ibunya, Asma’ binti Abu Bakr RadiAllahu ta'ala anha untuk bermusyawwarah. Satu perbincangan yang memberikan impak yang sangat besar kepada siapapun yang mendengarnya, satu perbualan yang dipenuhi dengan iman. Dalam perbualan antara Abdullah ibn Zubayr RA dan ibunya, mereka bertanyakan sama sendiri tentang bagaimanakah untuk bertemu Allah dengan cara yang paling diredhai. Sama sekali tidak dipersoalkan ketetapan Allah SWT, dan tidak sekali-kali mereka bertanya, di manakah Allah SWT ketika mereka sedang diserang oleh tentera Umayyah, diketuai al-Hajjaj ibn Yusuf.
472
16
0

Di mana Allah ketika ummah dalam derita dan dizalimi? | Bhg. 1

16.08.2024
Diceritakan di Palestin, seorang ibu yang anak lelakinya telah dibunuh oleh keganasan rejim zionis. Seperti orang lain dia merasa sangat sedih dan hampir menjerit, tetapi dia mendengar suara dalam dirinya yang berkata; قولي إنا لله وإنا إليه راجعون Katakanlah kami milik Allah dan kepada Allah kami kembali. Dan dalam kebingungan ibu mengucapkan; إنا لله وإنا إليه راجعون Sejerus selepas mengeluarkan ayat itu, dia berkata Allahu Latifun Bi ‘Ibadihi. Sesungguhnya Allah Maha Lembut kepada hamba-hambanya. Betapa lembutnya Allah terhadap hamba-hambanya yang soleh. Allah SWT sentiasa ada dengan hamba-hambanya, dan semakin tinggi ketaqwaan yang dimiliki seseorang, maka dia akan melihat kuasa dan kehadiran Rabbnya. Semakin kurang ketaqwaan itu, semakin tebal kekalutan yang terkumpul di hatinya, dan semakin kurang orang itu akan dapat mempersepsikan kuasa-Nya. Selama 10 bulan Gaza dan rakyat Palestin dibedil dengan bom, dibunuh, diperkosa dengan begitu kejam, dan masyarakat sedunia memerhati tanpa boleh membuat apa-apa. Justeru ada segelintir orang yang bertanya, di manakah Allah SWT dalam semua kezaliman yang berlaku ini?
381
15
0

TAK TAHU MALU!

13.08.2024
“Malu dan Iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya hilang, maka hilanglah yang lainnya.” - (H.R. Hakim, Sahih) Meskipun hadis ini popular dan diketahui oleh ramai orang, namun tidak banyak yang mempraktikkannya dalam kehidupan harian. Ia kerana implementasi hadith tersebut terasa berat untuk realiti zaman ini. Hadith tersebut menitipkan pesanan yang sangat dalam. Malu menjadi salah satu indikator keimanan seseorang. Tatkala malu telah hilang, maka pada waktu bersamaan iman mulai terkikis. Malu sebagai indikator iman memberikan makna bahawa apabila seseorang akan melakukan kesalahan atau dosa, sepatutnya ia malu untuk melakukan dosa tersebut. Meskipun mungkin manusia bisa diperdaya dengan topeng kebaikan yang mampu dimanipulasikannya, namun Allah tidak akan terperdaya. Malu mempunyai pengertian yang cukup jelas. Dalam bahasa Melayu, secara sosiologinya ada tiga lapisan: Malu sebagai perasaan; Malu sebagai tanda harga diri; dan Malu sebagai fungsi kawalan sosial. Malu sebagai perasaan ialah rasa negatif, canggung, tidak selesa, segan dan sebagainya. Malu dalam kategori ini selalunya disebut ‘rasa malu’, ‘rasa segan’, dan paling menakutkan ialah aib. Aib membawa maksud, perbuatan keji, mencela yang dikaitkan dengan maruah. Banyak krisis malu yang terlihat pada perilaku manusia moden. Bermula dengan hilangnya malu mengambil hak orang lain, hilangnya malu demi mencari viraliti dan duit, hilangnya malu tatkala menzalimi sesama, dan sebagainya. Bahkan, yang peliknya pula, ada sesetengah orang yang rasa malu jika hendak bersikap jujur, berlaku benar, dan bekerja dengan amanah. Dunia semakin aneh kerana semakin tidak malu melakukan perkara yang aneh.
904
13
0

Menunggu MUJADDID Akhir Zaman

11.08.2024
“Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)." - (H.R. Abu Daud, Sahih) Khilafah Uthmaniyyah, khilafah terakhir yang diiktiraf oleh seluruh dunia Islam, telah dijatuhkan pada 3 Mac 1924, bersamaan 27 Rejab 1342 Hijrah, melalui dekri Majlis Kebangsaan Besar Turki. Proses itu adalah salah satu langkah pembaharuan Kemal Atatürk, berikutan penggantian Empayar Uthmaniyyah dengan Republik Turki. Zaman ini, setelah 100 tahun Empayar Uthmaniyah dimansuhkan, terdengar beberapa orang pendakwah dan pengamal media sosial yang membangkitkan hadith Nabi SAW, tentang kedatangan Mujaddid pada tahun 2024. Hadith ini begitu masyhur dan sering didengar apabila masyarakat berbicara berkenaan transformasi untuk sesuatu perkara, sehinggakan para ulama’ mengarang beberapa karya bagi menentukan siapakah tokoh yang digelar sebagai mujaddid atau reformis. Ibn Hajar Al-Asqalani telah menyatakan dalam kitab Fath al-Bari, “Tidak semestinya setiap seratus tahun itu akan muncul seorang sahaja reformis, kemungkinan perkara tersebut dilakukan secara berkumpulan.” Ibnu Kathir pula dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah telah menyatakan bahawa, “Hadith ini meliputi setiap individu pada masa kini yang melaksanakan fardhu kifayah iaitu dengan menunaikan amanah ilmu.” Manakala Imam Al-Zahabi menyatakan dalam Tarikh al-Islam, “Aku berpendapat lafaz “man” di dalam hadith tersebut menunjukkan jama’ dan bukannya mufrad.”
625
21
4

Rahsia Kekuatan Ummah

08.08.2024
Pembunuhan kejam puak Zionis Israel ke atas Ismail Haniyeh dan komander pasukan elit Hizbullah, Ali Jamal, serta presiden Iran Ebrahim Raisi, menunjukkan bahawa dunia hari ini semakin gawat. Ia memberi isyarat kepada keangkuhan zionis dan dunia barat, yang tidak akan tunduk kepada tekanan sesiapa pun. Kemudian, rusuhan besar-besaran di beberapa tempat di UK, telah membuka mata kepada umat Islam seluruh dunia kepada gerakan anti-muslim di Eropah. Ketua penghasut kebencian terhadap orang Islam, dikatakan bermula dari hasutan seorang ekstremis anti-Islam bernama Tommy Robinson. Maka mengapa pula orang Islam seperti tidak bermaya untuk menjadi benteng kepada fahaman jahat ini?
581
15
0

Ismail Haniyeh Masih Hidup

04.08.2024
Awal pagi Rabu (31 Julai 2024) ketika rakyat Malaysia menyambut Hari Pahlawan, seorang pejuang pembebasan kemerdekaan Palestin, khususnya Hamas telah dibunuh oleh agen-agen Israel dengan serangan peluru berpandu menggunakan drone, di sebuah rumah tetamu di Tehran, Iran. Dalam serangan brutal itu, dilaporkan dua orang terkorban, dan paling mengundang simpati antarabangsa ialah kematian Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas bersama seorang pengawal peribadinya. Setakat ini, Israel belum mengakui bertanggungjawab mengenai serangan tersebut walaupun Iran sudah mengenal pasti ia dilakukan oleh agen-agen Mossad. Rakyat Israel seolah-olah membayangkan bahawa mereka telah mencapai kejayaan besar dalam misinya melumpuhkan pejuang Hamas, dengan terbunuhnya Ismail Haniyeh. Hal itu dilihat oleh pejuang Hamas sebagai ‘kemenangan singkat’ kerana kemunculan Hamas bukan atas keperluan peribadi seseorang, ia muncul sebagai gerakan perlawanan melawan penjarah dan penjajah yang merampas hak rakyat Palestin.
76833
933
77

KITA SEBENARNYA TIDAK BERADAB!

02.08.2024
Perbalahan politik. Pemujaan status sosial. Mengejar kemewahan. Gejala moral dan sosial. Kecelakaan rasuah. Salah guna kuasa. Keruntuhan adab dan akhlak. Saban hari, isu-isu seperti yang dikatakan, telah mendominasi arena media yang disajikan kepada masyarakat. Baik di media arus perdana, juga di media sosial. Algoritma yang mengawal sajian berita dan isu melalui media sosial, meluaskan capaian berita dan perbincangan isu-isu ini. Maka cukup untuk kita persoalkan, bagaimana coraknya fabrik sosial malaysia zaman ini? Apakah pendidikan kita berhasil menanam didikan adab dan akhlak? Apakah nilai dan norma masyarakat sudah melupakan adab dan akhlak, dan diambil-alih oleh pencapaian material semata-mata? Masyarakat seringkali meletakkan seluruh tanggungjawab dalam pembangunan peradaban dan akhlak ke atas bahu para penguasa dan pemimpin. Pemimpin disalahkan dalam banyak perkara seperti perpecahan politik, rasuah, keruntuhan moral dan sebagainya. Kita menyalahkan ahli politik, para barisan menteri dengan segala isu yang timbul di dalam masyarakat. Sedangkan jika kita meneliti dan mengkaji, tujuan ahli politik adalah untuk akhirnya menjadi ahli dewan undangan negeri atau pun ahli dewan rakyat. Tanggungjawab mereka adalah untuk membahas dan menggubal undang-undang. Apakah masyarakat moden hari ini, hanya bergantung kepada ahli politik yang menggubal undang-undang, supaya menyelesaikan masalah-masalah sosial rakyat? Adakah sebagai seorang awam, maka kita terlepas dari tanggungjawab dalam pembangunan peradaban negara?
862
10
1

BOMOH dan Penunggang Agama

29.07.2024
Di dalam perbicaraan kes buli dan dera hingga membunuh allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, disebut bahawa seorang bomoh telah terlibat dalam menamakan Allahyarham sebagai penyebab kehilangan komputer riba milik salah seorang daripada 6 pembunuh itu. Bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, yakin anak kebanggaannya masih hidup hari ini jika tidak difitnah oleh bomoh yang main “serkap jarang” menilik kononnya mangsa telah mencuri komputer riba. Islam amat menitik-beratkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala kepercayaan dan amalan yang tidak berdasarkan sumber-sumber Al-Quran, Hadith, Ijma’ dan Qiyas adalah ditolak. Justeru kaedah seperti menggunakan khidmat bomoh atau dukun untuk mengenalpasti pelaku kecurian dan sebagainya, hanyalah amalan peninggalan daripada zaman animisme dan pemujaan nenek moyang, sebelum kedatangan cahaya Islam. Di dalam sebuah hadith, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang mendatangi Al-’Arraf (bomoh) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” - [HR Muslim 5957] Dalam syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi menyatakan bahawa Imam al-Khattabi dan lain-lain berkata; “Al-’Arraf adalah seorang yang mendakwa mengetahui tempat barang yang dicuri, tempat barang yang hilang dan semisalnya.”
489
11
2

QUNUT NAZILAH ke atas orang Islam?

21.07.2024
Tempoh hari, qunut nazilah dibacakan oleh penyokong-penyokongnya. Kini, ia dibacakan pula oleh ahli politiknya sendiri. Sama ada sedar atau tidak, dunia politik hari ini semakin tercabut nilai-nilai moral dan etika, sehingga menyebabkan perebutan dan pengekalan kuasa, menjadi medan persaingan yang telah mencipta jurang persaudaraan Islam dan kemanusiaan yang semakin lebar dan dalam. Al-Quran telah memberi pelbagai petunjuk mengenai akhlak sesama manusia. Ia bukan sekadar larangan melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, tetapi turut merangkumi perlakuan seperti memaki-hamun, dan menyakiti hati orang lain. Yang amat menyedihkan juga, ada di kalangan pemimpin Islam menyalahgunakan doa kemusnahan seperti Qunut Nazilah kepada saudara sesama Islam. Sedangkan doa kemusnahan atas pemimpin-pemimpin Islam, sangat dilarang oleh agama. Sepatutnya doa yang ditujukan kepada umat Islam hendaknya berbentuk kebaikan umum dan menyeluruh seperti memohon keselamatan, petunjuk hidayah dan sebagainya. Hakikatnya, mendoakan keburukan yang ditujukan kepada sesama muslim, akan terkena pada dirinya juga kerana kita sendiri sebahagian daripada mereka.
525
14
4

Qunut Nazilah bukan Qunut Politik

13.07.2024
Kedengaran semula bacaan doa qunut agar dijatuhkan bala ke atas golongan yang tidak sehaluan dengan mereka. Tindakan segelintir pihak yang menimbulkan rasa kebencian termasuk membaca Qunut Nazilah bagi mendoakan kehancuran terhadap pimpinan negara dianggap sebagai perbuatan tidak wajar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, kebencian kepada pemimpin tidak sepatutnya hingga tahap mendoakan keburukan termasuk mencerca. Menurutnya, sesuatu perkara yang diputuskan pimpinan negara membabitkan ijtihad yang berbeza di mana ada kemungkinan menepati kebenaran atau mungkin juga salah. Bagaimanapun, katanya tidak perlu sehingga seseorang perlu mendoakan kehancuran seperti membaca Qunut Nazilah. Yang Berhormat Menteri berkata, fahaman masyarakat perlu diperbetulkan dan menjadi tanggungjawab ulama serta pemimpin sebagai murabbi atau pembimbing ummah untuk memainkan peranan. Nabi SAW tidak pernah memohon kebinasaan bagi suatu kaum kecuali terhadap mereka yang memerangi umat Islam secara fizikal. Salah satu doa Baginda yang masyhur yang maksudnya: “Wahai Tuhan berikanlah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”
656
14
3

Majoriti Sokong RUU Mufti Wilayah

12.07.2024
Pada 2hb Julai lalu, Rang Undang Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. RUU ini dipinda bagi mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan. YB Menteri Agama juga menjelaskan bahawa RUU ini akan memperincikan fungsi dan peranan mufti dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong, berkenaan hukum-hakam agama, serta tatacara mengeluarkan fatwa atau pendapat berhubung hukum syarak di mahkamah, selain penentuan arah kiblat. Ini bermaksud RUU tersebut meletakkan garis panduan untuk pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan pada masa akan datang. Namun pembentangan ini telah menzahirkan suara-suara bantahan dari luar Dewan Rakyat, yang tidak setuju dengan penakrifan Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam RUU tersebut. Polemik bermula dengan kenyataan Mufti Perlis yang membantah perincian pada perkara 4, yang menakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu merujuk kepada pegangan bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah dalam akidah. Seterusnya, RUU tersebut juga merujuk kepada pegangan bermazhab Syafie dan mengikuti mazhab Sunni lain dalam keadaan tertentu dalam fiqah, serta pegangan dibawa oleh Imam al-Ghazali dan Imam Junaid dalam tasawuf. Di dalam kenyataannya, SS Mufti Perlis telah bertanya, “Bagaimana mungkin Wilayah Persekutuan ingin meluluskan satu peraturan yang menyempitkan akal dan fikiran, padahal Wilayah Persekutuan (merupakan) pusat segala intelektual berdebat dan berhujah. Kejumudan membawa kepada ketaksuban dan kebencian antara rakyat dan pemerintah.”
10140
108
189

Metafora Persembahan Khas Ma'al Hijrah 1446H

10.07.2024
Persembahan khas yang dipaparkan sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M telah mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat awam di media sosial. Kami terpanggil untuk meneliti persembahan khas ini, dan mungkin memberikan pendapat konstruktif kepada pihak penganjur dan juga masyarakat awam yang telah menonton. Umum mengetahui bahawa tiap tahun, persembahan khas sempena sambutan ma’al hijrah membawa tajuk dan konsep yang berlainan. Pada tahun 1446 Hijrah, persembahan khas ini berjudul BILA HATI BERBISIK, dan konsep secara keseluruhannya ingin mengenalkan kepada penonton istilah Tafsir ‘Ilmi, yang membincangkan ilmu sains empirikal di dalam Al-Quran.' Persembahan khas ini berdurasi selama 17 minit, dan dibuka dengan pengenalan kepada watak robotik bernama Avisena, merujuk kepada ilmuan Islam Ibn Sina. Dengan grafik, efek bunyi dan lagu latar, persembahan ini membawa penonton seakan di dalam kapal angkasa futuristik, untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT melalui makhluk ciptaanya iaitu bumi dan alam semesta.
290
5
0

Lubuk Kegiatan Persundalan

08.07.2024
Isu lubuk kegiatan pelacuran di ibu negara yang sudah wujud berdekad-dekad lamanya, masih berlangsung hingga ke hari ini. Antara lubuk lama berakar umbinya kegiatan pelacuran dibongkar semula dalam laporan Harian Metro, adalah di kawasan Pudu, termasuk premis sekitar Masjid Jamek Alam Shah di Jalan Tun Razak, menyebabkan kariah di situ pening disebabkan maksiat yang berdekatan dengan masjid. Mengulas lanjut tentang maksiat pelacuran di Kuala Lumpur, Dato’ Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar, selaku Menteri Agama berkata, beliau sudah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan lanjut berkenaan isu ini. “Di bawah bidang kuasa Jawi, mana-mana orang Islam yang terlibat dalam kegiatan pelacuran boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559). “Dalam hal ini, Jawi telah diminta untuk memohon kerjasama pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).” kata Dato’ Dr. Na’im. Bukan sahaja terikat dengan kawasan-kawasan di tengah bandar, kegiatan persundalan kini menggunakan teknologi komunikasi untuk mendekati zina. Aplikasi Telegram dan WeChat adalah antara aplikasi yang popular bagi ahli zina, oleh kerana fungsi privasinya. Melalui aplikasi seperti ini,wujud golongan suami yang tidak bertanggungjawab melanggani industri persundalan tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak di rumah.
634
15
0

Lakukan INI Jika Terbangun Malam

06.07.2024
Pernahkah kita terjaga dari tidur, sekitar jam 3 hingga 5 pagi? Ketika malam sedang sunyi sepi, dan kita merasakan seperti seluruh dunia sedang nyenyak terlena. Sebenarnya, apabila seorang terbangun dari tidur pada sepertiga malam, maka beliau beruntung kerana dikurniakan peluang untuk melaksanakan Tazkiyatun-Nafs. Tazkiyah al-nafs adalah melibatkan dua proses utama iaitu al-takhalli (التخلي) dan al-tahalli (التحلي). Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela, yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah SWT. Manakala al-tahalli pula ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Menurut al-Tusi, al-tahalli ialah mengikut golongan sodiqin, sama ada dari sudut perkataan mahupun dalam amalan zahir. Dari ‘Ubadah bin Shamit RA, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.” Mengapakah Tazkiyah itu penting? Ia kerana manusia itu hakikatnya bukan semata-mata fizikal, tetapi yang membezakannya dengan kehidupan lain ialah kewujudan rohani. Maka melalui proses Tazkiyatun-Nafs, seorang manusia akan cerah jiwanya, hasil dari limpahan cahaya hidayah yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hidupnya benar-benar sebagai manusia sejati, tidak lagi dikuasai oleh sifat-sifat kebinatangan. Wujud 7 amalan yang sangat disarankan Islam, jika seseorang terbangun dari tidur.
389
7
0

Jangan ABAIKAN Kesihatan Mental

03.07.2024
Kesedaran awam tentang kesihatan mental merupakan satu perkara yang sangat penting, pada zaman moden ini. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 telah mendedahkan bahawa seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan. Menerusi hasil tinjauan dilakukan, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 dengan golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai mengalaminya. Statistik yang paling membimbangkan, adalah di mana terdapat 1 dalam 9 remaja yang mempunyai pemikiran untuk membunuh diri, manakala 1 dalam 10 remaja pula telah cuba untuk membunuh diri. Realiti situasi masyarakat hari ini menunjukkan bahawa ramai tertekan dan terluka dalam diam, akibat cabaran akhir zaman. Dibimbangkan dan ditakuti jika anak muda dan remaja berpaling kepada aktiviti tidak sihat dan maksiat, seperti mengunjungi pusat hiburan kelab malam, mula berjinak dengan arak, dadah dan sebagainya, dengan alasan untuk menghilangkan stress atau merawat gangguan mental.
273
4
0

Trend 'CHILDFREE' - Anak Itu BEBAN?

01.07.2024
Sejak kebelakangan ini, trend Childfree semakin meluas di kalangan masyarakat muslim, khususnya bagi pasangan muda suami isteri yang baru berkahwin. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan, lantaran kesannya dalam jangka masa panjang, yang akan mengubah struktur sosial setempat, malah turut memberi impak secara global. Fenomena Childfree merujuk kepada pasangan-pasangan muda suami isteri yang memilih untuk tidak mempunyai anak. Gerakan ini bermula daripada pempengaruh barat, dan kini ditiru oleh pempengaruh serta kaum muda dalam negara, yang bersetuju dengan ideologi ini. Mereka memutuskan untuk tidak memiliki zuriat, dengan alasan sama ada ingin melancong dan bersuka-suka dahulu sebagai pasangan suami-isteri, ataupun menggunakan alasan membebankan, serta takut dengan kos sara hidup zaman ini.
398
7
11

Ber-'MEDIA SOSIAL' Hingga Tersungkur ke NERAKA

22.06.2024
Isu Ustaz Don Daniyal, Kes adik Zayn Rayyan, watak melalut Mama Ghufron. Sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa media sosial menjadi medan perhubungan dan penyebaran maklumat terutama kepada seluruh dunia. Dominasi media sosial dalam membentuk naratif awam terhadap setiap isu, serta menyebarkan naratif itu kepada orang awam, menjadi norma masyarakat kini. Terutama sekali dalam isu yang membabitkan umat Islam, yang kerap kali menimbulkan perselisihan pendapat. Namun naratif yang disebarkan tidak semestinya benar, dan kerap kali dimulai oleh gerakan atau niat untuk menjatuhkan, bukan untuk menyatukan. Seperti maklum, platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Youtube dan aplikasi perhubungan whatsapp dan Telegram, telah dibuntingkan dengan klip-klip video di mana para asatizah saling menegur, menyalahkan, dan mengkritik antara satu sama lain. Malah pada banyak keadaan juga, hingga mengaibkan sama sendiri. Yang terlibat dan terpalit adalah dari kalangan agamawan sendiri, bersama barisan penyokong dan peminat yang terdiri daripada orang awam. Orang awam ditarik dan diprovokasi untuk ikut bersama dalam kancah ini, di ruang komen dan sebagainya. Hilang adab bahasa, adab ilmu, adab berbahas, adab berlainan pendapat, adab rujukan dan petikkan seumpama tidak ada dalam Islam. Medan untuk menghubungkan sesama muslim, bertukar menjadi medan bertikam lidah atau penulisan, tanpa menghiraukan adab dan akhlak sebagai seorang Islam. Hilangnya adab diganti dengan biadab.
1602
16
2

Israeli Terror Attack in Nuseirat - Will the Ummah wake up?

13.06.2024
In one of the single bloodiest Israeli attacks in Gaza over the last eight months, at least 274 Palestinians were killed, including at least 64 children, and nearly 700 were wounded in a terrorist raid on the Palestinian Nuseirat refugee camp. It began around 11am, with what witnesses say were several civilian trucks and cars entering a neighbourhood, near the camp’s market. “Children were shot dead. Elderly people were shot dead. Women were shot dead.” These were the words of Gaza-based journalist Akram al-Satarri, who was at the Nuseirat refugee camp on Saturday. As a result of this horrendous attack, the UN Security Council resolution passed to endorse a US-backed Gaza ceasefire proposal on Monday. But a former Israeli general has claimed that there is now “zero chance” of a ceasefire, due to the crumbling Israeli unity government. Ultimately, Netanyahu needs the violence to continue, to ensure his own political survival. As we sit in the comfort of our homes, the question arises: Are muslims today truly powerless to end the massacre in Palestine?
246
6
0

SOLUSI KEBANGKITAN UMMAH | Mengapa 2 billion umat Islam tidak mampu membebaskan Palestin?

09.06.2024
Kezaliman ke atas orang Islam di India. Bangsa Rohingya di Myanmar. Bangsa Uighur di Xinjiang China. Dan rakyat Palestin. Inilah contoh-contoh yang sedang berlangsung, bagaimana umat Islam seluruh dunia ditindas, dihina dan dizalimi oleh musuh-musuh agama. Setiap saat video kami ini ditonton, akan berlakunya kezaliman yang menimpa umat Islam di dunia. Maka mengapakah umat Islam begitu lemah pada hari ini? Mengapa kita tidak mampu membuat apa-apa untuk menyelamatkan saudara se-Islam kita? Dan bagaimanakah cara untuk kembalikan kekuatan ummah, seluruh dunia? Jawapan kepada soalan-soalan berat ini terkandung di dalam Al-Quran, hadis Nabi SAW, serta sejarah tamadun Islam. Mungkin ramai tidak tahu bahawa universiti sebagai sebuah institusi pelajaran dan pengetahuan, bermula di Maghribi, dan zaman itu, bahasa Arab menjadi bahasa sains, sama seperti bahasa Inggeris pada hari ini. Pusat sains dan intelektual yang terkemuka, Baitul Hikmah, telah ditubuhkan oleh Khalifah Abbasiyah pada akhir abad ke-8. Meletakkan ilmu sebagai asas kejayaan adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud; “Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap Muslim.” - (HR At-Tirmidhi, Ibnu Majah)
877
27
7

Nasihat Kepada Ustaz Don

07.06.2024
Misi gerakan dakwah merupakan misi utama para nabi dan rasul. Dakwah Islamiyah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan yang ditentukan oleh Allah SWT. Untuk mencapai matlamat tersebut banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh dakwah, yang datang dari berbagai-bagai pihak. Maka untuk mengelakkan kekeliruan antara para pendakwah dan juga golongan awam, perlu adanya pengetahuan dan wawasan tentang tujuan, semangat dan “esensi Deen” ajaran Islam. Abu Ishaq al-Syatibi memperkatakan dalam bukunya Al-I’tisam: Kurangnya pengetahuan agama dan kesombongan adalah akar-akar bid'ah serta perpecahan umat dan akhirnya membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Sikap ini harus dibendung kerana bagaimana mungkin kita mengajak orang lain untuk mengikuti idea-idea Islam seperti “tasaamuh” atau toleransi, “I’tidal” iaitu lurus dan “adl” atau keadilan, jika kita sendiri gagal memperlihatkan nilai-nilai tersebut dalam hubungan sesama kita. Berasaskan perspektif ini, sudah sewajarnya segala bentuk perbincangan sama ada digelar dengan halaqah, debat, mujadalah, muzakarah dan sebagainya, ia perlu dalam kerangka mengelakkan perpecahan. Umum mengetahui bahawa tokoh pendakwah seperti Ustaz Don Daniyal ini masih muda dan mempunyai ramai peminatnya. Dengan bekal ilmu dan pengetahuan luas yang beliau miliki, potensi untuk dirinya menjadi tokoh Islam yang berpengaruh di masa hadapan cukup besar.
8385
70
85

Agama Sesat Ahmadi: Terperangkap Dalam Kultus Kejahilan

05.06.2024
Sesungguhnya kemunculan ajaran sesat bukan sesuatu fenomena yang baharu. Bahkan ia telah wujud sejak dahulu lagi zaman berzaman sehingga hari ini. Doktrin-doktrin seperti mendakwa diri sebagai tuhan atau wakil tuhan, nabi terakhir, dan juga mendakwa diri sebagai Imam al-Mahdi, merupakan doktrin yang sudah diulang-siar berkali-kali dalam sejarah. Hanya nama kapalnya yang berbeza; dari ajaran sesat Ayah Pin, Haji Kahar, Tuhan Harun, Milah Abraham, Suhaimi SiHulk, dan yang terkini agama sesat Ahmadi, semuanya melakukan pendustaan dan pembohongan berulang terhadap agama suci Islam. Terdapat hadis yang menjelaskan akan muncul pada akhir zaman, dajjalun wa kazzabun. Maksud dajjalun adalah ramainya dajjal-dajjal, yang menutup dan menyembunyikan kebenaran. Dajjalun di sini bukan merujuk kepada Al-Masih Al-Dajjal, namun merujuk kepada manusia yang banyak melakukan pendustaan dan pembohongan kepada agama. Maksud ini selari dengan kazzabun yang merujuk kepada penipuan dan pendustaan. Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kamu dengan ucapan yang tidak pernah kamu dengar. Bahkan ayah-ayah kamu juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan mahupun mendatangkan fitnah kepada kamu semua.” - (Hadis Riwayat Muslim) Berdasarkan hadis ini, sekiranya kita mendapati sesuatu yang diungkapkan adalah bertentang dengan al-Quran, hadis, ijma’ dan qiyas, maka tinggalkan dan jauhilah mereka supaya kita tidak tersesat dan menyesatkan. Agak dijangkakan juga, dengan adanya platform media sosial zaman ini, golongan jahil murakkab dan dajjal-dajjal kazzabun, semakin teruja untuk berkongsi kejahilan dan pendustaan mereka, hingga melahirkan kultus kejahilan.
3746
62
29

Hiburan Yang Bernilai

26.05.2024
Seni adalah keindahan. Ia merupakan ekspresi roh dan budaya manusia yang mengandungi serta mengungkapkan keindahan. Ia lahir dalam diri manusia didorong oleh kecenderungan seniman kepada yang indah biar apa pun jenis keindahan itu. Dorongan tersebut memaparkan naluri manusia atau fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Manakala mode ekspresi seni lazimnya dilahirkan dalam bentuk hiburan, seperti muzik, lagu, cerita dan filem, yang terdapat pada zaman ini. Justeru wujudkah ruang untuk berhibur dalam Islam? Dan sejauh manakah umat Islam dapat menikmatinya? Jika dua persoalan ini ditimbulkan kepada ramai umat Islam, jawapannya hampir-hampir menimbulkan ketidakpastian.
600
6
4

PERANAN ULAMA RABBANI

24.05.2024
Telah ramai ilmuwan sejarah yang mengupas tentang sejarah khilafah Islam, baik dari kalangan muslim sendiri mahupun dari golongan orientalis. Mereka telah merumuskan beberapa faktor seperti pencerobohan, kemelesetan ekonomi, industrialisasi, dan kuasa Eropah yang semakin kuat, yang menyumbang kepada kemerosotan khilafah Islam, terutamanya 3 khilafah terakhir. Jatuhnya kerajaan Islam satu per satu, dari empayar Khawarizmi dan kemudiannya kerajaan Abbasiyyah di Baghdad. Dimusnahkan oleh tentera-tentera Mongol yang tidak dapat dihalang. Jatuhnya juga Baitul Maqdis kepada tentera Salibiyyah pada tahun 1099, mengakibatkan sungai-sungai darah mengalir di laluan-laluan kota suci itu. Jatuhnya kerajaan Islam Al-Andalus dan Emiriyah Granada, sehingga dihalau dan dipaksa murtad oleh tentera-tentera Ferdinand dan Isabella. Dan jatuhnya khilafah Islam besar terakhir, Khilafah Uthmaniyyah, hingga hilangnya Khilafah di bumi ini. Maka berpecah kembali umat Islam, berpuak-puak mengikut kaum sendiri; Arab, Afrika, Turk, Berber, Melayu dan Eropah. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 26 yang bermaksud; “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” - (QS Ali ‘Imran, 26)
184
10
0

KTMB - Moral Bukan Untuk Dijual Beli

21.05.2024
Penganjuran acara hiburan Pinkfish Express di dalam sebuah gerabak keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), telah menjadi isu dalam kalangan masyarakat baru-baru ini. Acara hiburan ini telah membawa kecaman dari pelbagai pihak, dan menyebabkan kemarahan masyarakat majoriti Islam dalam negara. Mungkin sesetengah pihak yang tidak memahami atau masih melalui zaman kejahilan, mempersoalkan kemarahan yang bangkit daripada acara ini. Menerusi perspektif barat, golongan ini melihat acara hiburan muzik, berdansa, sambil dihidangkan minuman keras dan ubat khayal, sebagai simbol kebebasan, kemodenan dan keterbukaan. Hujah mereka, tiada kesalahan untuk anak muda berhibur, malah ia juga menguntungkan pihak KTMB dengan penyewaan gerabak. Amat menyedihkan kerana masih lagi wujud penjajahan kuasa barat ke atas masyarakat kita. Kalau dulu kita dijajah dengan ketenteraan imperialisme, kini pula dijajah minda kita melalui budaya dan fahaman barat. Adakah masyarakat kita tidak mampu berpegang kepada identiti sendiri, yang memperjuangkan nilai-nilai murni? Pihak manakah yang menyamakan kemodenan dengan arak dan hedonisme?
525
16
3
Load more...

Written by Dhomir
Category: dhomir
Hits: 4334

Dhomir.com

Ensiklopedia
October 21, 2025 Admin

MEMILIH ANTARA KEBAHAGIAAN ORANG TUA DENGAN KEMULIAAN NABI S.A.W

218
MEMILIH ANTARA KEBAHAGIAAN ORANG TUA DENGAN KEMULIAAN NABI S.A.W “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber“bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka…

MENAKLUK LAUTAN TANPA MENJAJAH

Sep 30, 2025 Admin
MENAKLUK LAUTAN TANPA MENJAJAH Tokoh pelayaran agung ini berjaya menguasai lautan melalui tujuh ekspedisi besar yang merentasi Lautan Hindi…
213 Baca lagi

PENENTANG DAKWAH RASULULLAH

Sep 08, 2025 Admin
PENENTANG DAKWAH RASULULLAH Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata,…
469 Baca lagi

PERMATA HADIS SEPANJANG ZAMAN

Aug 05, 2025 Admin
PERMATA HADIS SEPANJANG ZAMAN Nama lengkap tokoh terbilang ini ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin al-Mughirah bin Bardizbah…
220 Baca lagi

PERKAHWINAN TOK SELEHOR (XV)

Aug 03, 2025 Admin
PERKAHWINAN TOK SELEHOR (XV) Haji Abdul Rahman bin Haji Uthman bin Senik atau lebih dikenali dengan panggilan atau gelaran Tok Selehor…
322 Baca lagi

BALAK TERGANTUNG DI UDARA (XIV)

Aug 01, 2025 Admin
BALAK TERGANTUNG DI UDARA (XIV) Menurut cerita cicitnya Rizaltul Akmal Zaid, Tok Selehor tidak menetap terus di Patani sepanjang dia…
281 Baca lagi

KARAMAH TOK SELEHOR (X)

Jul 04, 2025 Admin
KARAMAH TOK SELEHOR (X) Kisah Ikan Yu Puaka Pada suatu hari dalam tahun 1935, Tok Selehor pergi memburu rusa sebagaimana kebiasaannya di…
261 Baca lagi

KARAMAH TOK SELEHOR (IX)

Jun 23, 2025 Admin
KARAMAH TOK SELEHOR (IX) Menurut kisah yang diceritakan oleh anak murid kepada Tok Selehor (Tuan Guru Haji Abdul Kadir, Pondok Gaal) yang…
279 Baca lagi

UMMUL MUKMININ SITI KHADIJAH

May 23, 2025 Admin
UMMUL MUKMININ SITI KHADIJAH Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti…
531 Baca lagi

DAKWAH HIKMAH TOK SELEHOR (V)

May 21, 2025 Admin
DAKWAH HIKMAH TOK SELEHOR (V) Tok Selehor mempunyai keperibadian yang tinggi hasil didikan kedua-dua orang tuanya yang sangat mementingkan…
322 Baca lagi

KETOKOHAN MUHAMMAD SAID RAMADHAN

May 13, 2025 Admin
KETOKOHAN MUHAMMAD SAID RAMADHAN Said Ramadhan lahir di Thanta pada tahun 1926. Beliau merupakan salah seorang murid Al-Bahi Al-Khauli.…
356 Baca lagi

PAKAR ASTRONOMI AL-FARGHANI

May 03, 2025 Admin
PAKAR ASTRONOMI AL-FARGHANI Al-Farghani adalah seorang astronomi yang berasal dari Farghana, Transoxania, iaitu sebuah kota yang terletak…
581 Baca lagi

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI

Apr 29, 2025 Admin
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI Jasanya terhadap Islam memang tidak terhitung kerana sikapnya yang zuhud dan tidak mahu bermegah-megah dengan…
595 Baca lagi

TOKOH FALSAFAH AL-FARABI

Apr 27, 2025 Admin
TOKOH FALSAFAH AL-FARABI Tokoh ini dikatakan berketurunan Turki dari sebelah ibunya. Bapanya pula berketurunan Parsi Pada zaman…
685 Baca lagi

ULAMA 5 SERANGKAI (BAHAGIAN II)

Apr 25, 2025 Admin
ULAMA 5 SERANGKAI (BAHAGIAN II) Pada penghujung abad ke-19, telah muncul Ulama 5 Serangkai Warisan Patani mengharumkan nama Kelantan ke…
596 Baca lagi

MUHAMMAD ALI JINNAH

Apr 05, 2025 Admin
MUHAMMAD ALI JINNAH Umat Islam di India sudah lama menginginkan sebuah negara berdaulat yang dipisahkan daripada penganut Hindu. Pakistan,…
375 Baca lagi

MAHMUD SYALTUT

Mar 28, 2025 Admin
MAHMUD SYALTUT Antara ulama dan pemikir Islam yang terkemuka dan berkaliber di peringkat antarabangsa dari Universiti al-Azhar, Kaherah…
435 Baca lagi

HIDUPNYA ‘JARUM HATI’

Mar 24, 2025 Admin
HIDUPNYA ‘JARUM HATI’ Nama penuh beliau, Haji Mamat @ Mohamad bin Osman, berasal dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Daripada keturunan…
361 Baca lagi

BADI'UZZAMAN SA'ID NURSI

Mar 20, 2025 Admin
BADI'UZZAMAN SA'ID NURSI Setelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung, sejarah menyaksikan detik detik kemuncak…
377 Baca lagi

KEWUJUDAN ILMU PERUBATAN ISLAM

Mar 06, 2025 Admin
KEWUJUDAN ILMU PERUBATAN ISLAM Ilmu perubatan Islam ialah pengetahuan perubatan yang dikembangkan oleh para ilmuwan Islam pada zaman…
484 Baca lagi

SIAPAKAH IMAM NAWAWI?

Mar 02, 2025 Admin
Imam Nawawi atau nama sebenarnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi, lahir di Nawa, sebuah wilayah di Damsyik, Syam (Syria)…
967 Baca lagi
Written by Dhomir
Category: dhomir
Hits: 6200

Dhomir.com

Penyejuk Jiwa
October 11, 2025 Admin

BUKAN SEKADAR HALWA TELINGA

170
BUKAN SEKADAR HALWA TELINGA Alunan bacaan al-Quran pastinya membuatkan hati dan jiwa seseorang menjadi tenang dan damai. Kebanyakan orang pasti menyangka bahawa ketenangan dan kedamaian itu datang daripada lantunan suara dan bunyi yang lunak seorang…

TANDA SAYANG KEPADA KEKASIH ALLAH

Sep 06, 2025 Admin
TANDA SAYANG KEPADA KEKASIH ALLAH Kenapa kita terlalu mencintai Rasulullah SAW? Apakah yang akan terjadi apabila hati sangat terpaut dengan…
257 Baca lagi

PERISTIWA SEJARAH RABIUL AWAL

Aug 29, 2025 Admin
PERISTIWA SEJARAH RABIUL AWAL Bulan Rabiul Awal adalah antara bulan yang paling istimewa dalam sejarah Islam. Di bulan inilah lahirnya…
193 Baca lagi

SAUDAGAR KAYA SEORANG KHALIFAH

Aug 11, 2025 Admin
SAUDAGAR KAYA SEORANG KHALIFAH Oleh Fauziah Hj Hamzah Setiap manusia pasti memerlukan sahabat yang baik bagi membantu dalam apa jua…
199 Baca lagi

ARAFAH

Jun 04, 2025 Admin
ARAFAH Oleh Muhammad Danial Aiman Norman Hadi Hari Arafah ialah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Terdapat banyak galakan untuk melakukan…
301 Baca lagi

PENENTU KE ARAH HAJI MABRUR

May 01, 2025 Admin
PENENTU KE ARAH HAJI MABRUR Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap…
455 Baca lagi

PERJALANAN MENCARI HAJI MABRUR

Apr 25, 2025 Admin
PERJALANAN MENCARI HAJI MABRUR Oleh: Mohd Shauki Abd Majid Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada…
369 Baca lagi

DOA MOHON KEBAIKAN TAKDIR

Mar 22, 2025 Admin
DOA MOHON KEBAIKAN TAKDIR BincangSyariah.Com – Berikut adalah doa agar kita diberikan kebaikan dalam semua takdir yang Allah tetapkan…
437 Baca lagi

GERBANG RAMADAN MENUJU KEJAYAAN

Feb 28, 2025 Admin
GERBANG RAMADAN MENUJU KEJAYAAN Di antara perkara yang sangat menggembirakan adalah berita hadirnya bulan Ramadan di hadapan kita, tidak…
456 Baca lagi

ABU HURAIRAH

Feb 02, 2025 Admin
ABU HURAIRAH Abu Hurairah r.a, sahabat Nabi Muhammad s.a.w, dikatakan biasa berpuasa sunat tiga hari pada setiap awal bulan Qamariah (bulan…
463 Baca lagi

SYURGA

Jan 05, 2025 Admin
SYURGA Orang yang bertakwa memiliki darjat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Kerana itu, orang yang bertakwa memperoleh berbagai-bagai…
449 Baca lagi

DOA REJAB YANG DIPANJATKAN RASULULLAH

Jan 01, 2025 Admin
DOA REJAB YANG DIPANJATKAN RASULULLAH اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ…
553 Baca lagi

ASYARIYAH

Nov 10, 2024 Admin
ASYARIYAH Salah satu aliran terpenting dalam teologi Islam ialah Asyariyah. Tokoh aliran atau doktrin ini ialah Abu Hasan al-Asyari yang…
702 Baca lagi

SOLAT BAGI ORANG-ORANG SOLEH

Oct 11, 2024 Admin
SOLAT BAGI ORANG-ORANG SOLEH Hatim Al-Asham adalah salah seorang yang taat beribadah dan tulus, 'Isham bin Yusuf datang menghampirinya…
384 Baca lagi

NALURI (RASA) SEEKOR HAIWAN

Oct 07, 2024 Admin
NALURI (RASA) SEEKOR HAIWAN Setiap makhluk memiliki naluri (instinct), tak terkecuali haiwan. Melalui instinct yang dimiliki, mendorong…
583 Baca lagi

ANTARA ULAMA DUNIA DAN AKHIRAT

Sep 17, 2024 Admin
ANTARA ULAMA DUNIA DAN AKHIRAT Orang yang ahli dalam ilmu pengetahuan agama Islam disebut ulama. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya,…
614 Baca lagi

SELAWAT UNTUK NABI

Sep 15, 2024 Admin
SELAWAT UNTUK NABI Bulan Rabiulawal Tahun Gajah mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w. Justeru, kita…
408 Baca lagi

TIGA CARA MENDIDIK HATI

Aug 28, 2024 Admin
TIGA CARA MENDIDIK HATI Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pergerakan insan serta penampilannya merupakan refleksi dari hatinya sendiri.…
472 Baca lagi

ZAKAT

Aug 18, 2024 Admin
ZAKAT Rukun Islam yang ketiga adalah zakat. Dalam terminologi fikih, ia didefinisikan sebagai sebahagian daripada kekayaan yang wajib di…
335 Baca lagi

ISLAM AGAMA ‘PERTENGAHAN’

Jul 30, 2024 Admin
ISLAM AGAMA ‘PERTENGAHAN’ Islam adalah agama yang mempunyai sifat wasatiyyah (pertengahan / sederhana) dalam semua ajaran, baik akidah,…
307 Baca lagi

BERDAKWAH TIADA HENTI

Jul 18, 2024 Admin
BERDAKWAH TIADA HENTI Urwah Ibn Masud Ats Tsaqafi datang menghadap Rasulullah s.a.w, menyampaikan hasrat dan kesediaannya untuk berdakwah,…
306 Baca lagi

WUJUD TAMU ALLAH

Jun 12, 2024 Admin
WUJUD TAMU ALLAH Secara hakikat, perjalanan haji dan umrah merupakan kehadiran hamba atas undangan Allah pada hamba pilihan. Undangan untuk…
526 Baca lagi

HADIAH DARI ALLAH

May 27, 2024 Admin
HADIAH DARI ALLAH Islam telah meletakkan perayaan sebagai suatu ibadah dan ketaatan terhadap Allah SWT. Justeru, syarak telah menyediakan…
467 Baca lagi

ALKIMIA RAMADAN

Mar 22, 2024 Admin
ALKIMIA RAMADAN Ramadan sebaik-baik bulan qamari: seribu satu peluang keemasan diberinya kepada kaum Muslimin untuk menghampiri Rabb mereka…
365 Baca lagi
Written by Dhomir
Category: dhomir
Hits: 3186

Dhomir.com

Gaya Hidup
October 21, 2025 Admin

MARAH DAN BENCI: MENGAPA ADA DALAM DIRI?

224
MARAH DAN BENCI: MENGAPA ADA DALAM DIRI? "Jangan menghukum seseorang yang memilih jalannya menuju Tuhan. Tuhan tidak menilai kata-kata. Dia menilai ke dalam lubuk hati kita, bersih atau tidak." (Elif Shafak, Forty Rules of Love, 2010). Tidak ada hari yang…

ALKOHOL BUKAN PERKARA REMEH

Oct 13, 2025 Admin
ALKOHOL BUKAN PERKARA REMEH Oleh Adam Shamsuddin Isu Tourism Malaysia menghidangkan alkohol dalam acara rasmi dan tindakan CEO Petronas…
149 Baca lagi

BELAJAR DENGAN “ORANG GILA”

Aug 01, 2025 Admin
BELAJAR DENGAN “ORANG GILA” SEBAGAI makhluk yang dianugerahkan kecerdasan, manusia berusaha menjadi pintar. Pada umumnya, upaya yang…
348 Baca lagi

CARA TANGANI KETAGIHAN TIKTOK

Jul 15, 2025 Admin
CARA TANGANI KETAGIHAN TIKTOK Oleh Nazrina Mohamad Nazry TikTok bukan lagi nama asing bagi rakyat digital di Malaysia. Umum mengetahui…
256 Baca lagi

MITOS "TANAH YANG DIJANJIKAN"

Jul 10, 2025 Admin
MITOS "TANAH YANG DIJANJIKAN" Zionis kini sedang memutarkan semula mitos "Tanah Yang Dijanjikan" buat mereka, setelah hampir berjaya…
344 Baca lagi

‘SI RAJA DAN HUKUM RIMBA’

Jul 08, 2025 Admin
‘SI RAJA DAN HUKUM RIMBA’ Oleh: Samsul Nizar Secara umum, rimba atau jenggala berarti hamparan hutan lebat yang masih terjaga keasrian…
305 Baca lagi

ADAB KEPADA PENGUASA

May 19, 2025 Admin
ADAB KEPADA PENGUASA Dalam tradisi keilmuan Islam, sikap terhadap penguasa diatur dengan prinsip. Agama Islam telah melarang pemberontakan…
380 Baca lagi

KESIMBANGAN DUNIA DAN AKHIRAT

May 17, 2025 Admin
KESIMBANGAN DUNIA DAN AKHIRAT Bagaimana caranya seorang Muslim dapat mengubah setiap pergerakan, setiap nafas, dan setiap fikiran menjadi…
586 Baca lagi

WAJIB JIHAD PERTAHAN PALESTIN

Apr 13, 2025 Admin
WAJIB JIHAD PERTAHAN PALESTIN Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan…
378 Baca lagi

MENGAUT KEKAYAAN PERIBADI

Mar 10, 2025 Admin
MENGAUT KEKAYAAN PERIBADI Al-Quran menceritakan tentang pemimpin yang zalim dan mengejar harta kekayaan, memanfaatkan posisi kekuasaannya…
447 Baca lagi

JANGAN JADI PEMINTA-MINTA

Mar 04, 2025 Admin
JANGAN JADI PEMINTA-MINTA SIAPA YANG MEMINTA-MINTA, padahal ia memiliki makanan pokok untuk satu hari, itu sama halnya telah merompak…
364 Baca lagi

MAKNA ISTIDRAJ

Dec 14, 2024 Admin
MAKNA ISTIDRAJ dakwatuna.com – Istidraj adalah kesenangan dan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang jauh dari-Nya yang sebenarnya itu…
556 Baca lagi

TENTANG PEMINTA-MINTA

Oct 13, 2024 Admin
TENTANG PEMINTA-MINTA SIAPA YANG MEMINTA-MINTA, padahal ia memiliki makanan pokok untuk satu hari, itu sama halnya telah merompak…
331 Baca lagi

KESETIAAN SEORANG ISTERI

Oct 11, 2024 Admin
KESETIAAN SEORANG ISTERI Muawiyah memerintahkan hukuman mati terhadap Handabah bin al-Khasyram. Sebelum eksekusi dilaksanakan, Muawiyah…
308 Baca lagi

KERETA API

Sep 13, 2024 Admin
KERETA API Kereta api merupakan salah satu jenis alat transportasi yang telah hadir sejak dahulu kala. Ia merupakan alat transportasi yang…
405 Baca lagi

TRADISI MALU

Aug 13, 2024 Admin
TRADISI MALU Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda malu adalah sebagian daripada iman. Meskipun hadis ini populer dan hampir semua orang…
354 Baca lagi

SEEKOR AYAM

Aug 07, 2024 Admin
SEEKOR AYAM MESKI hanya haiwan, seekor ayam ternyata mengajarkan banyak pelajaran bagi manusia. Namun, tak semua manusia sempat menangkap…
603 Baca lagi

HULALA MAK!!!

Aug 01, 2024 Admin
HULALA MAK!!! Sebal rasa bila ada yang kondem, jika kita tidak bersetuju dengan apa yang ulama ucapkan, maka secara automatiknya kita…
331 Baca lagi

SALAH TAFSIR MAKNA ‘JIHAD’

Jul 30, 2024 Admin
SALAH TAFSIR MAKNA ‘JIHAD’ Sejak bila Islam dirujuk dengan keganasan? Sejak bila pula rakyat negara kita boleh terlibat? Mungkin selepas…
399 Baca lagi

MEMAHAMI KONSEP WASATIYYAH

Jul 19, 2024 Admin
MEMAHAMI KONSEP WASATIYYAH Kesalahfahaman tentang sesuatu istilah yang dihubungkan dengan agama sering timbul kerana kekeliruan umat Islam…
638 Baca lagi

TIMBANGAN (NERACA)

Jul 01, 2024 Admin
TIMBANGAN (NERACA) Dalam transaksi ekonomi, terutama di pasar tradisional, eksistensi alat timbangan merupakan komponen yang vital.…
415 Baca lagi

SEEKOR HARIMAU

Jun 24, 2024 Admin
SEEKOR HARIMAU BERSAMA singa, harimau disebut "si raja hutan". Gelar yang sandangnya bukan sebatas "isapan jempol". Dengan belang yang…
358 Baca lagi

KUCING DAN TIKUS

Jun 19, 2024 Admin
KUCING DAN TIKUS Dalam dongeng fabel, konon awalnya kucing dan tikus merupakan sahabat yang akrab. Kemana saja kucing pergi, tikus selalu…
616 Baca lagi

‘INSYAALLAH’ TAPI TIDAK TUNAI

Jun 04, 2024 Admin
‘INSYAALLAH’ TAPI TIDAK TUNAI Dalam kehidupan masyarakat hari ini, ada orang yang petah bercakap, manis di bibir menabur seribu janji.…
395 Baca lagi
Written by Dhomir
Category: dhomir
Hits: 3295

Bacaan Popular


Baca topik

Terkini


TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com